Wednesday, April 4, 2012

Pencarian Pasangan Glamour Bio-Essence & Nugeno bersama Scha & Awal Shaari

Kami sampai di Alamanda sehari sebelum event ni berlangsung lagi..
Means, dari JB kami terus ke Alamanda, survey2 tempat dulu, amik2 mood esoknya dan kemudian baru patah balik ke Port Dickson utk stay di rumah abang saya. Kebetulan mak yang datang KL utk interview Jacob's minggu lepas pun masih ada lagi sebab saya tak bagi balik kelate dulu, nanti, tak ada org pulak nak tlg tengokkan cucunya nanti...hehe


Hari yang mendebarkan telah tiba..
Kami sampai di Alamanda dari PD tepat jam 12:30 tengahari..
Kelihatan hanya promoter2 jualan sahaja yang mengedarkan risalah dan memperkenalkan produk Bio-Essence kepada orang yang lalu lalang...
Kami pun daftarlah diri...hehe tak sangka kami adalah peserta ke 10 antara 10 pasangan pemenang yang dipilih. Memang niat di hati kami nak buat persembahan no 10 pun, sebab serammmmmmmmmm...hehe
Sambil2 ada masa menunggu event bermula, sempat lagi bawa IPAD ke DJ utk mainkan lagu OMBAK RINDU versi minus one...mula2 nak bluetooth tak boleh, nak transfer pun tak boleh lagu minus ones tu, nasib baik ada wayar AV yang boleh connected terus dari Sound system ke IPAD...legaaa di situ..


Dah settled bahagian DJ, kami dijemput duduk di bahagian kerusi yang disediakan..
Ada juga kerusi2 yang tertera perkataan "TRADE, VIP, dan MEDIA"..
Utk kami seharusnya lah "WINNER" kan...


Pengacara utk haritu adalah Fara Fauzana..
Awal dia datang tau...kul 1 dah tiba...
Tu tgh buat homework utk jadi pengacara haritu..


Walaupun orang lain berpusu2 nak bergambar dengan Fara Fauzana, tetapi kami tidak..
Fara Fauzana lalu depan mata pun, kami still buat tak layan...hehe..
Agaknya kena Aaron Aziz lalu depan mata kot, baru tergedik2 nak minta bergambar..ekeke..
Actually sebenarnya selagi kami tak buat persembahan haritu, selagi tu lah rasa tak kena..
Nak minum air seteguk pun rasa tak selesa..Inikan pulak nak bergambar bagai dengan Fara Fauzana..
Tak da maknanya...hehe


Sementara nak tunggu VVIP dan Scha serta Awal tiba, pelbagai soalan dan aktiviti dilakukan oleh Fara Fauzana utk mengisi masa yang ada..
Tunggu artis lagi lambat dari VVIP hokeyy...


Hah tu diaaaaa...
Kul 3 baru muncul orang yang ditunggu2..
Tinggi lampai Scha ni...putih..
Tapi kurus sangat ler..agaknya diet sebab nak kahwin kot..hehe


Yesss!!! Dari jauh nampak kredibiliti Awal sebagai seorang model..
Dengan badan yang tough serta penampilan yang ada style, memang awal sesuai sangat jadi Duta Produk dan   jadi model...


Lepas dan mendengar ucapan daripada pihak org kuat Bio-Essence, maka masa utk perasmian pelantikan Scha dan Awal sebagai DUTA Bio-Essence dan juga Nugeno Men cool...


But seriuosly, couple ni sangat sweet..
Tak over dan tak terlalu gedik di hadapan org ramai..
Mereka berdua asyik kena usik oleh Fara Fauzana pun, tetap cool jer layan...hehe...
Tu tgh pegang globe kaca utk perasmian pelantikan DUTA..


Fara Fauzana usik Awal buka cermin mata hitamnya sebab nak tenung mata Awal lama2..
Sebab lepas ni dah tak ebrpeluang lagi nak tenung lama2...Al-maklum ler dah jadi suami org kan..
Sekali Awal turun stage, tenung Fara lama2..
Hah...gimit keadaan di situ sekejap..


Biasalah, kalau jadi DUTA produk, tak sah kalau tak ada sesi memperkenalkan produk2 tersebut kan..


Maka lepas tu bermulalah Persembahan Pasangan Glamour 2012..
Kami peserta ke 10..
So, yang peserta2 sebelum kami tu, memang kami tak snap gambar yer..
Sebab kami sendiri pun dup dap dup dap jantung kami menunggu giliran...


Acara kami dimulakan dengan berbalas-balas pantun dulu..


Kemudian, dengan berlatar belakangkan lagu Ombak Rindu minus ones,
Kami membaca puisi bahagian masing-masing..
Seriuosly, kami yang baca turut sebak mendengar puisi kami tu..


Tapi tatkala kami menghayati puisi kami tu..
Tiba2 pulak Fara Fauzana mencelah "30 saat lagi"..
Hahaha...terus ayah damia diam dan ibu pun terus baca puisi part sendiri..


"Kerana abang separuh dari hidup sayang"..
Hehehehe...ni adegan sebelum last ending landing baekkkk punya atas bahu ayah damia.
Lepas tu semua peserta dikehendaki naik atas pentas utk menerima hadiah saguhati..
Lepas tu pengumuman pemenang di buat..
Maaf, gambar pemenang tak ada sebab kami semua atas pentas..
Siapa nak tolong kami snap2 kan...huhu


Lepas tu kami dijemput ke Garden Cafe utk makan2..


First time makan kat Garden ni..
Selalunya tgk blogger yang post kat entry makan kat Garden ni..
Memang cantik kat sini kan..ala2 English Style gitu..


Scha dan Awal di interview..
Biasalah, dah nak kahwin, semua media mengambil kesempatan tanya tu ni kan..


Sesi bergambar dengan Scha dan Awal..
Serta sesi beramah mesra dengan mereka..
Memang peramah betul mereka ni...
Scha siap cakap "Sebak dengar cerita you tadi, Scha tak tahu lah cam mana ngan Scha lepas kahwin nanti"
Awal pulak cakap " Eh, kuat yer suara you tadi"...hahaha

Tapi sayang sesangat tau, gambar pemenang lain, saya snap cantik2..
Tapi gambar saya time suruh org snap guna DSLR, tak reti lah pulak..
Last2 suruh snap guna IPAD jer..tu pun blur2...sedihkan...huhu


Sebelum balik posing dulu kat Garden Cafe bersama hamper yang bernilai RM500..


Ni lah satu2nya kenangan gambar kami bersama Scha dan Awal..
Apa2 pun terima kasih kat adik yang tolong snap2 tu..
Dah elok2 guna DSLR, adik tu tak pandai pulak nak guna...
Tapi guna IPAD, blur2 pulak hasilnya..
Tak pe lah....janji ada kenangan...

p/s: Terima kasih sebab baca sampai habis, sebab entry ni agak panjang jugak kan..
p/s: Apa2 pun Alhamdulillah sebab terpilih sebagai 10 pemenang dan diberi peluang macam ni...
p/s: Awal akan jadi pengacara MELODI bermula ahad ni...jeng jeng jeng...kenapakah???


Post a Comment