Wednesday, August 24, 2011

Tanpa staff siapalah kami || Iftar bersama Staff...

Hari isnin aritu (22/08/11)
Ayah damia bawa staff2 Pusat Bahasa Pelangi berbuka Puasa ramai2 di Malay Village Restaurants..
Memang acara tahunan office lah kan company bawak staff berbuka puasa ramai2..
Nak2 pulak semua staff adalah Muslimin dan Muslimat...
Dan semestinya dengan Rezeki daripadaNYA..
Dapatlah kami kongsi bersama2...
Lebih2 lagi utk menghargai jasa serta komitmen para staff yang telah menabur bakti ..


Sempat lagi posing sebelum bertolak tu..
Both damias mengenakan Jubah Dress AYU ALEESYA 
Dah senget benget pulak Ayyunie pakai reben tu..
Nak buat cam mana...duduk tak diam..dua-dua teruja pakai kasut RAYA...hehe
Psttt...tudung RAYA FAREEDA dah banyak yang pakai sebelum tibanya RAYA lah...huhu


Masa mula2 sampai..
Semua staff dah sampai...
Kami pulak terlewat 10 minit dari masa yang dijanjikan..
Biasalah..diaorg semua tu bujang trang tang tang..
Kami ni kena uruskan 2 budak kecik hehe..
Pstttt...ada org komen kat FB ibu makin kurus....yeayyyyy!!!!


Thanks to Our Big Boss...En.Khai sebab belanja kami semua makan.
Nanti belanja kami lagi yer..


Reserved!!!


Beberapa minit sebelum berbuka..
Apa lagi?? Cepat2 serbu amik makanan..


Ayyunie yang tengah ralit minum dessert laici campur buah apa ntah....


Aleesya pulak banyak makan nasi + sup ayam masa Iftar tu..
Aleesya yang memang nak duduk ngan teacher Effa jer..
Agaknya sebab teacher Effa tu dah 3 tahun berkhidmat dengan kami..tu yang aleesya dah biasa dengan dia.


Baca doa pun sempat posing lagi yer teacher Athirah..


Yang baju hijau belang2 tu staff yang paling lama berkhidmat dengan Pusat Bahasa Pelangi..
Almost 7 tahun ni berkhidmat sebagai org yang bertanggungjawab dalam Unit Pengangkutan di company kami..


Kami berbuka dalam bilik khas yang ditempah oleh ayah damia..
Ada 3 bilik khas kat restoran ni mengikut kapasiti bilangan person..
Kalau tak ramai, makan kat luar tu jer..
Memang cantik suasana kat sini..


Hehehe...sempat lagi tu promote kebaya ZARINA AYU yang keluar dalam majalah USAHA NIAGA terbitan bulan Ogos edisi Johor..


Dah makan, apa lagi??? Chit chat chit chat ler..


Ayyunie yang lebih rapat dengan teacher Shafiza..


Ibu anak suka posing..
Tapi lately Ayyunie memang asyik nak bergambar jer kejenya..


Sebelum balik, jom kita bergambar ramai2 dulu...:)


Warga kerja Pusat Bahasa Pelangi.


Ni acara wajib!!!
Pabila tutor2 perempuan berposing..
Tutor2 lelaki 3 org jer..
Tu pun segan nak bergambo...


Suka tul both damias posing2 dgn kakak2 cantik ni..


Nak balik dah....bye bye!!

p/s: Insyallah...tahun depan dapat berbuka bersama2 dengan staff ZARINA AYU COLLECTIONS pulak...amin amin....Ya Allah...mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan...



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment