Wednesday, August 3, 2011

Selamat Pulang Bibik || Owhh bibikku jutawan!!!

Dari ahad lepas lagi nak updated kisah kepulangan bibik ke kampung halamannya..
Namun, masa telah mengekang tangan ni utk menaip bait-bait terakhir utk bibik..
Akhirnya setelah 2 tahun 7 bulan bibik berkhidmat utk kami sekeluarga..
Akhirnya kau pulang juga bibik!!!

Seperti biasa, setiap majikan yang mengambil maid secara sah dan berdaftar dengan agen..
Pasti tahu bahawa kontrak seorang maid bekerja dengan kita hanya 2 tahun sahaja..
Selepas tempoh itu, terpulang kepada budi bicara majikan dan maid samada hendak sambung atau terus berhenti..
Tapi jodoh kami dengan bibik hanya 2 tahun 7 bulan sahaja..
Maksudnya bibik hanya sambung kontrak selama 7 bulan sahaja..

Awal2 lagi bibik dah bagitau yang raya tahun ni memang dia akan balik..
Sebab anaknya selalu menelefon bibik cakap yang anaknya ingin berkahwin bulan syawal nanti..
So, nak tak nak walaupun dengan hati yang berat, kami sekeluarga terpaksa melepaskan bibik pulang juga..



Bibik pulang ke Indonesia ahad pagi lepas..
Tepat jam 7:30 pagi, kami menghantar bibik ke Terminal Feri Stulang Laut utk menaiki feri ke batam..
Kemudian dari Batamn, bibik akan naik  BATAVIA AIR utk sampai ke Yogyakarta..
Kenapa naik pesawat di BATAM?? Tak naik di Johor atau LCCT??
Kat JB memang tak der penerbangan direct ke Yogyakarta..
Manakala kalau nak naik dari LCCT...masa lah pulak utk naik ke KL semata2 nak hantar bibik kan..
So, lebih senang naik di BATAM sahaja..


Wang RM yang telah ditukar kepada Rupiah..
Kalau nak tau, bibik nak bawa semua gaji dia cash sekali..
WHAT?????? Nak bawa gaji dia RM 14 RIBU++ tu cash???
Haishhh...kami pulak yg tolong runsing dan risau pasal bibik nak bawak cash tu..
Bukan apa..dah biasa dengar pembantu rumah awal2 lagi kena tipu kat airport oleh pak supir-pak supir atau agen2 yang lain...
Bibik pulak cakap
"tak pe puan, nanti saya sorokkan semua duit tu dalam seluar dalam saya"
Ekekekekek..nak ketawa besar kami dgr cakap2 bibik tu..
Agaknya mungkin bibik tak tau bahawa RM14 RIBU ++ tu kalau convertkan duit Rupiah jadi berapa helai..

Akhirnya sebagai majikan yang tak nak risiko kan bibik...
Separuh daripada duit tu kami transferkan dalam WESTERN UNION..
Bukan apa...bibik cakap kat kg dia jauh nak ke bandar amik duit..
Sebab tu dia lebih rela bawa cash..
Tapi kot yer pun..takkan lah nak bawak RM14 RIBU cash kan..
Akhirnya settled...setelah menghubungi pihak anaknya di Indonesia..
Maka WESTERN UNION adalah cara yang terbaik sekali..


Hati seorang bibik..
Tetap sebak nak meninggalkan anak jagaannya..
Lebih2 lagi ayyunie..
Sebab bibik ni dah start jaga ayyunie since ayyunie 8 bulan dalam perut lagi..
Sampailah sekarang dah pandai jalan, dah pandai cakap, dah free diapers pun..
Mahu tak sebakkan..
Berkali2 bibik mencium2 ayyunie..
Berkali2 bibik meninggalkan pesanan kepada ayyunie dan aleesya..
Haishhh kami suami isteri yg tengok ni pula sebak..
Owh yer..hari2 terakhir (ahad aritu) bibik dirumah, seawal jam 5 pagi lagi bangun tetap meneruskan mengemas rumah kami buat kali terakhirnya....agaknya terlintas dihati dia
"ini kali terakhir aku mengemas dirumah ni"..

Psttt!!! kalau nak tahu, pakaian bibik kat atas tu semua baru tau...bibik beli masa ikut kami semua shopping raya kat KL last week...bibik pulang pakai tudung baru, baju baru, seluar baru dan kasut baru..


Selamat pulang bibik!!!
Pulangnya bibik sebagai seorang Jutawan..
Katanya duit banyak2 tu dia nak buka restoran..
Dan uruskan anaknya kahwin..
Sempat lagi bibik buat lawak, katanya
"kalau anaknya kahwin nanti, saya sendiri yang akan amik gambar anak saya"..
Hehehehe...bibikkan banyak menjadi jurugambar kami sekeluarga!!!

p/s: Bukan senang nak didik seorang bibik ni ikut rentak dan cara kita...masa mula2 datang dulu..macam2 hal dibuatnya oleh dia...kalau uols yang tak sempat baca lagi kisah2 bibik tu...leh baca kat Label: Bibik dalam blog ni..sampaikan sanggup bubuh air kencing dia dalam minuman kita..
p/s: Tapi dengan ajaran, didikan serta ilmu agama yang dicurahkan kepadanya..Insyaallah..dia sendiri akan malu dgn sikapnya dan mula berubah sikit demi sikit..namun kalau nak harapkan dia berubah 100%...hurmm jangan haraplah kan..
p/s: Dan kesimpulannya??? Duit dalam bank kami makin susut ler RM14 RIBU tu...huhuhu...boleh buat gi umrah tu utk 2 org...ni nak tunggu yang baru pulak masuk lepas raya...beribu2 lagi agaknya kami akan habis..tapiiiiiiiiiiiiii...tanpa bibik, tak mungkin kami dapat bekerja dan cari duit dengan senangkan.
p/s: Cerita bibik yang dimaksudkan di atas aderlah bibik yang sah berdaftar yer...maksudnya melalui prosedur yang sah dan benar disisi undang2 Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri...Kalau yang ambil bibik tanpa sah tu, memang boleh jimat banyak kos!!!!
p/s: Bibik oh bibik!!! Cepatlah lepas raya!!!!



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

15 comments:

TS said...

ermm..sedih la plak bace bibik sis da blk ni..
pasni mesti susah nak dpt sebaik tu.. :)

Gieyana said...

sedih gak kan although b4 this dia buat hal itu ini..normal lah kan psl susah nk bentuk owg nie..

mamaRIFQY said...

Oh ini kisahnye..kelakar..sempat lagi bibik buat lawak nak simpan dalam spender..



aaahhh..na ngan kerie ade bace sal bibik kak ayu aritu..godek2 kesah kak ayu yang lame2..

Ezna Khalili said...

14 ribu tukar rupiah perghhhhh kayak giteww....

mama tisya said...

hah br nk ckptkde bibik dhla nk jd jurufoto..hehehe

uiks bibik buh air kencing dlm minuman...

azura samsuddin said...

mmg jutawanita lah bibik!! mesti susah kan sis nak cari maid baru sbb nak kena ajar dr basic smula tp xpe sis, insyaAllah akan jupe yg bagus jugak

::NureeN:: said...

sobsobsob.. sedih nureen baca n3 kak ayu, mmg susah nk dpt bibik yg ok..

Mama Zharfan said...

touching plak entry ni..
gaji bibik memang bayar lump sum yer..me ingatkan byr monthly--maklumler tak pernah pakai bibik heheh

Anonymous said...

sebak plak baca entry ni
sempat juga kita berjumpe 2x ngan bibik kan...
part amek gmbr kwen anak xtahan tu haha
dah di latih oleh ayu sekian lama kan mana xpandai

Farra Dhelina said...

a'a sy rasa sama mcm mz lah kak u..touching..

hrp kak u dpt bibik yg ok lah mcm ni kan lepas ni..

*∽ IZAN ∽* said...

mak aii.. RM14 ribu ...???
berapa gajinya sebulan tuhh...?
bibik ku dulu asyik nak kirim wang ke kampung jekk... seb baik kitaorg buh syart minima berapa kena ada dalam bank.. isk isk is

anyway.. izan pun cari bibik baru gak ni.. ingatkan nak pantang kat sini kali ni. tapi confirm la lepas raya baru leh cari.. sekarng ni indon pun tak mo datang mesia sebab nak raya uhuhuhu

maszmadi said...

abis sape yg jaga aleesya n ayyunie sekarang ni yerk.. berdikari la anak dara berdua tu..

mama_umar_maryam said...

silap2 bibik bli dlsr lagi kt sane,hik3..semoga dpt pengganti lebih baik ;)

Sidratul Muntaha said...

ayu to ayu..
btw..lama dah follow citer psl bibik kamu ni
tpinya..
aderkah bibik ni masih bibik yg sama melecur tgnnya sesaje time goreng cucur udang dulu jugak ker or jugak bibik yg lama buat epdajal dulu?!
(amik lauk guna tgn tak guna sudu,pergi mkn susu anak2 kamu?!)
masih org yg sama atau org yg berbeza2?!
huhuh

*cucur udang tu dah jdi ke belum?!
bulat - bulat..
ekekeke

Bionic women said...

dah baca smua cerita bibik tu dulu, tapi tulah kekadang tu kita sendiri kena bentuk dowang, tapi alhamdulillah jugak dia leh berubah, buatnya dapat yg keras hati, lagi di tegur lagi naik tocang tu yg takut tu kan??? semoga pas ni dapat bibik yg ok..