Thursday, May 1, 2014

CocoDamia di Aeon Kulaijaya

Selamat Hari Pekerja kepada yang bercuti!
Business owner mana ada cuti. Sentiasa sibuk ke sana sini. Sentiasa ligat memikirkan strategi. Eh, hari "business owner" tak ada ke. Ada hari "pekerja" je ya. 

Oklah nak cerita kisah semalam. Meh gambar menceritakannya.


Dapat gambar ni dalam group whatapps dari seorang usahawan lain. Adik tu tanya saya mana? Sebab ramai interview staff saya tu hah. Pihak media pun ada. Pihak media Siap cakap kat staff yang nak gi interview owner kat kilang. Alahai, saya pula otw masa tu. Ayah damia pula ada meeting kat KL dan serahan cocodamia kat UiTM Shah Alam. So beri kepercayaan kepada staff tersebut handle semuanya. 


Ngam-ngam saya sampai bersama PA saya kat sini, ada sesi interview dengan YB Dato' Samsolbari ( Pengerusi Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia). Kiranya saya terlewat sikit lepas Dato' ke booth CocoDamia. 


Then saya pun jalan2 ke booth usahawan lain. Tak ramai usahawan kalini. 16 usahawan terpilih sahaja. Adik Faezah ni sama2 kursus RP RBC kat NPC tempohari. Dia jual ais-krim buah-buahan tempatan. Usahawan2 lain ada yang jumpa kat kursus lain, ada yang sama2 hadiri meeting dan ada juga yang jumpa masa event.


Lepas tu para usahawan dan staffs MOA dijemput makan tengahari di Secret Recipe.


Saya bersama Faezah dan Faiqh. Mereka berdua adik beradik. Semangat keusahawanan sangat tinggi pada diri mereka. Saya suka!


Terima kasih kepada MOA yang belanja kami makan. Siap tapau sorang satu slice cake lagi. Rezeki PA saya tu..


Wajib ler posing2 kan. Kata kaki bergambar. 


Kepada yang berkesempatan terutama warga JB, jom ramai-ramai ke Karnival IAT ni. Berlangsung dari 29/4 hingga 4/5 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Aneka produk IKS yang boleh anda dapat disini. Ada kek kukus, cookies, santan beku, rempah ratus, mee sayur, air limau nipis dan dan dan mestilah ada CocoDamia dan Krukk Krakk! Booth CocoDamia betul2 depan arch "selamat datang"..


Hah inilah masanya sesiapa yang nak beli retails Krukk Krakk. Kalau tak memang HQ jual borong sahaja Krukk Krakk ni. Nak retails boleh dapatkan dari ejen-ejen kami. Anything, just sms/ whatapps 010 646 8383 atau 010 601 8383.

P/s: Harini CocoDamia juga berada di Dataran Stadium Pontian utk Karnival Belia disana. Nanti saya update details ya. Tq uolsss..

P/s: Penatnya kita tiada siapa yang tahu. 











No comments: