Wednesday, May 7, 2014

Sebak || Baju Kurung Sekolah yang Pertama


Dah lama Aleesya minta nak pakai baju kurung kat sekolah dia. Tapi saya tak endahkan. Sebab takut dia akan rasa tak selesa dengan kawan-kawan yang 90% pakai gaun sekolah.


Semalam, Aleesya masuk je kereta lepas balik sekolah, Aleesya cakap..
" Ibu, ibu... boleh tak Aleesya nak pakai baju kurung? Aleesya malulah pakai gaun masuk kelas agama. Kalau tak ada kelas agama, Aleesya pakailah gaun".

Allahurabbi..
Tersentak saya mendengarnya..
Malam tadi juga zassss saya belikan baju kurung untuknya. Lepas balik ngaji malam tadi, tersengih-sengih dia nampak baju kurung sekolah pertamanya.


Kadang-kadang rezeki yang paling kita ALPA adalah KEBAIKAN dan KEBENARAN anak-anak kita. Terima Kasih Ya Allah kerana menghadiahkan Anugerah Rezeki Terindah buat kami sekeluarga.

Tetiba Ayyunie pun cakap pagi tadi..
"Wahhhh! Cantiknya kakak, nak jumpa boyfriend ke?'...
Erkkk????

p/s: Walaupun baju Pendidikan Jasmani sekolah Aleesya dapat t-shirt dan pants pendek, tapi Aleesya pakai tracksuit panjang yang beli kat luar ya.

No comments: