Alhamdulillah..
Selesai sudah kursus Transformasi Usawan Galakan selama 3 hari yang diadakan di Niosh, Taman Teknologi.
Selama 3 hari berkursus, jujurnya kami kaum2 ibu dapat melepaskan sedikit beban dirumah dan agak "free" sedikit dari melayan kerenah anak-anak. Ya lah kalau tak kitalah masak, kitalah membasuh, kitalah mengemas, dan yang paling sibuk kitalah yang ambil hantar anak ke sekolah, tuisyen dan mengaji kan.
Lepas sahaja habis kursus jam 1 tengahari semalam, saya terus ambil 1 katon Krukk Krakk bawa masuk cafe. Sebab ada beberapa peserta kursus yang nak tak sempat beli masa kursus tu. Sekali bawa masuk je Krukk Krakk dalam cafe, fuhhh dah macam piranha dah semua. Dari 100 bars tinggal 12 bars sahaja. Bayangkan abang yang jaga cafe pun datang beli sambil menghulurkan not RM50. Saya terkejut juga mula2. Katanya untuk anak-anak.
Alhamdulillah dengan rezeki yang tak sangka-sangka hari itu!
Lepas keluar sahaja dari Niosh, kami sekeluarga pergi makan. Walhal kat cafe ada sediakan makanan. Bukan apa, rindu 3 hari 2 malam tak makan bersama famil. Oh ya Ayyunie tak ada ya. Dia masih bersekolah semalam.
Lepas tu cepat2 pergi ke Pusat Pengumpulan Produk di FAMA pula. Hantar stok CocoDamia.
Sesi inspection produk! Demi menjamin keselamatan dan mutu produk!
Insyallah, semoga CocoDamia berjaya menambat hati pembeli dan org yang makannya tidak kira dari Malaysia atau Luar Negara.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan perniagaan produk orang islam dan juga jihad ekonomi islam.
P/s: Semalam balik rumah dah ada rasa badan tak berapa sihat. Dah makan panadol 2 biji. Hari ini bangun berat je rasa badan. Ya Allah, janganlah Engkau menarik nikmat rezeki kesihatanku. Banyak perkara perlu diselesaikan lagi sebelum kami ke KL next week!
No comments:
Post a Comment