Wednesday, May 7, 2014

Apakah nama buah-buah ini?

Minggu lepas masa balik kelantan, sempatlah saya diperkenalkan dengan 2 jenis buah yang first time saya jumpa live!


Buah ni diperkenalkan oleh saudara saya masa saya gi melawat ahli keluarganya yang sakit. Nama buah ni kalau ikut acik tu panggil "buah teraje" (terajang kot). Hati-hati kalau makan buah ni sebab ia boleh menyebabkan baju, tangan dan mulut kita bewarna biru ungu. Cara nak makan pun unik! Kena gosok-gosok kat tapak tangan sampai buah ni lembut. Wahhh unik kan! Uols pernah jumpa buah ni?


Ni pula buah ketereh. Selalu tengok dalam gambar terutama kat botol budu. Tak pun kecik2 kan selalu disogok dengan teka-teki "banyak2 buah, buah apa yang biji diluar, isi didalam" kan. Owhh ni lah first time tgk live. Ada sebiji ni je kat depan rumah PIL saya. Btw org luar panggil buah gajus kan ni. Tapi serius saya tak tahu isi tu nak makan macam mana. Kalau biji tu org goreng buat kekacang kan. Tapi pucuk ketereh ni memang sedap giler buat ulam. 

Uols pernah jumpa live dan makan ke 2 jenis buah yang semakin ditelan zaman ni?


Post a Comment