Minggu ini adalah minggu yang paling tidak produktif untuk saya. Banyak menghabiskan masa dirumah dan atas katil sahaja. Ini semua gara-gara demam dan sakit kepala. Ayyunie pun sama demam dengan saya.
Semalam walaupun demam beransur sihat, saya dan anak-anak tetap gigih ke booth-booth yang ada untuk melawat tapak dan memberi semangat kepada team CocoDamia.
Lama juga saya di KIAT Giant, Tampoi. Dari jam 10 pagi sampai 5:30 petang. Sambil2 melawat tapak, boleh sharing2 ilmu keusahawanan bersama dengan usahawan2 lain disitu.
Flyers. Jom ramai-ramai ke sini dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 29 Mei hingga 1 June.
Cuba spot mana satu produk CocoDamia! Ni antara banner yang tergantung di kawasan2 Giant Tampoi.
Alhamdulillah, sepanjang saya disana, ada juga 3-4 orang yang memang dah confirm jadi agen Krukk Krakk. Semua dipermudahkanNya. Mudahnya Menjemput Rezeki. Tak sihat tidak bermakna kita perlu cari alasan untuk tidak berusaha kan!
Spot Ayyunie tengah tidur! Pengorbanan seorang usahawan, anak-anak membesar dalam kereta dan dalam booth dah biasa. Janji mereka membesar depan mata. Tu pun Ayyunie tak sihat sepenuhnya. Walaupun memanglah ada staff yang jaga booth, tapi kita sebagai majikan perlu jua buat pemantauan atau spot check agar mereka lebih bersemangat untuk bekerja.
Dah lepas solat asar di Giant, dalam jam 5:30 petang, kami ke mini KUD pula utk memantau jualan dan prestasi distributer CocoDamia disana. Alhamdulillah, sambutan mengalakkan. Siap kami Kena restock lagi berkaton-katon stock. Murah rezeki dia, kami jua terkena tempias rezeki tu kan.
Banyak raving fans CocoDamia yang ke sini bertanya mana saya dan En. Khairuddin. Dan kebanyakannya memang yang datang tu repeat order dan yang tahu pasal CocoDamia tapi baru nak try. Distributer CocoDamia cakap "Alhamdulillah, senang jual CocoDamia".. Insyallah niat yang baik Allah permudahkan.
Dan lepas tu apa lagi jalan-jalan sambil berjumpa denan usahawan2 lain yang saya kenal. Ada juga jumpa 2 rakan kursus saya yang buka booth disitu. Ada juga jumpa 1 rakan kursus masa tidur kat NPC. See, nampak tak? Perniagaan membantu mengembangkan Ukhwah!
Oleh itu kepada yang berkesempatan dan nak beli barang2 makanan sempena Ramadan yang bakal tiba, jom lah ramai-ramai ke Mini KUD ini anjuran KKLW. Pasti tak menyesal. Ada hampir 200 booth jualan disana. Jom ramai2 ya.
Booth Jualan CocoDamia di Giant no 10 (Corner Lot) dan booth Jualan CocoDamia di Mini KUD no 65 ( pun Corner Lot). Dah sampai jangan segan2 untuk ujirasa ya!
P/s: Hari ini Aleesya pula start demam. Demam sebab gigi nak cabut. Eh ada ke demam sebab gigi nak cabut? Bukan selalu demam sebab gigi nak tumbuh ke? Hiks..
No comments:
Post a Comment