Tak tahu nak masak apa utk breakfast?
Why not cuba resepi campak-campak dari saya ni..
Sambil mengemas dapur pun boleh..
Tak ada pizza base, so tukar dengan roti gardenia je..pastikan loyang disapu marjerin terlebih dahulu dan permukaan roti pun disapu marjerin sikit2..
Untuk topping layer-layerkan sos cili, mayonis, grated cheese dan hot dog..lapisan atas sekali mestilah letak grated cheese banyak2 kan..
Kalau nak letak benda lain macam nenas tin ke, sardin ke, tuna ke.. Terpulang...
Lepas tu make sure oven dah dipanaskan dulu. Kemudian masukkan loyang dan tukar mode bakar top sahaja..tak sampai 15 minit siap! Saya suka cheese tu garing2 sikit.
Fuh makan panas-panas sodapppp!
Aleesya requested nak bawa bekal ni..
P/s: Ada beberapa resepi lagi nak share ni. Semoga ada kesempatan utk membantu ibu2 yang kekeringan idea nak masak apa. Aaamiin..
No comments:
Post a Comment