Hujung minggu pun kena kerja.
Walaupun hari ini cuti Hujung minggu, tapi minda usahawan tak boleh cuti. Kerana peluang rezeki akan datang bila-bila masa sahaja. Rezeki kan rahsia Allah.
Alhamdulillah, berkat hari jumaat. Cocodamia telah melantik "Nadi Utama Marketing" sebagai distributer sah jenama CocoDamia. Dan mereka bertanggungjawab untuk mengedar coklat IQ dan Krukk Krakk ke sekolah-sekolah serta kedai-kedai daerah Kota Tinggi dan Mersing.
Kata distributer tersebut, sekolah-sekolah kat Kota Tinggi pun dah banyak. Belum lagi masuk daerah-daerah lain. Alhamdulillah, bolehlah kami berkongsi rezeki bersama-sana mereka yang rajin berusaha.
Kepada yang ingin menjadi agen utk dijual di koperasi-koperasi sekolah, cafe-cafe pejabat, restoran-restoran atau kedai runcit, bolehlah hubungi "Nadi Utama Marketing" di talian 017-7298260 atau 013- 6874471. Penghantaran terus oleh lori dihadapan muka pintu anda.
Staffs pun datang overtime hari ini. Krukk krakk hot selling product! Tak sempat simpan dalam rak. Kejap je dah kena masuk kotak. Semalan ayah damia balik dari MRSM Pontian jam 12:30 malam tau sebab hantar stok kali ke 3. Walhal kelmarin dan kelmarin sebelum tu dah hantar dah. Alhamdulillah. Nikmat Allah yang tak perlu didustakan. Lagipun musim exam ni. Bebudak memang ketagih Krukk Krakk.
Selesai sahaja meeting dan penyerahan stok dengan distributer kami, Penulis Dari Berita Harian Kuala Lumpur pun tiba. Ayah damia ingat nak jemput kat tol skudai. Sekali eh eh dah sampai. Alhamdulillah sesi interview berjalan lancar.
Ayah damia menunjukkan sistem online pembelian produk CocoDamia kepada Penulis Berita Harian. Penulis tu cakap siap tengok video CocoDamia yang dihasilkan masa kursus 1-MET lagi kat FAMA HQ. Alhamdulillah dia tertarik dan terus call kami utk diinterview.
Ni rest kejap. Ayah damia bawa Haji Hassan solat jumaat. Lepas ni sambung balik sesi interview dan makan-makan wajib ada kan.
Alhamdulillah dengan nikmat RezekiMu dan peluang yang ada. Rezeki perlu dijemput dan Keberkatan yang harus dicari. Jom kita sama-sama jihad ekonomi Islam.
No comments:
Post a Comment