2 minggu lepas masa saya balik kelantan, sempatlah beramah mesra, bermanja-manjaan, makan sama-sama dan berceloteh bagai dengan mak walaupun masa sangat terhad sebab balik ada kerja kan.
Kadang2 rasa bersalah sangat sebab dah lah jarang2 balik kampung, pabila balik kampung pula terkejar-kejar sana sini. Tapi alhamdulillah, Allah masih beri keizinan utk menziarah mak. Yang paling sedih kalau part sebelum nak balik JB, mesti ada adegan peluk-peluk, cium-cium2 dan maaf-memaafi yang diringi dengan air mata. Owhh touching. Tak leh cita panjang2.
Dan masa tu, sempatlah saya keluarkan monopod utk sama-sama selfie dengan mak. Mak cool hokeyy! Langsung tak jakun tgk monopod. Siap buat kelakar "ni kalau kait buah pauh (mangga) depan rumah pun boleh". Kikiki.. Mak memang cool!
Apa-apa pun terima kasih mak atas segalanya. Segalanya yang tak mungkin terurai satu-persatu disini. Hanya Allah sahaja yang menilai setiap titisan peluh mak.
Saya sayang mak! Sobs..
No comments:
Post a Comment