Thursday, May 8, 2014

VIDEO KISAH PENIAGA MENCARI BERKAT



Wajib Tonton!
Kepada yang betul-betul ingin mencari keberkatan dan keredhaan dalam perniagaan.

Satu lakonan yang berkesan dan baik untuk mengingati kami sebagai usahawan Islam. 
Satu dakwah terbaik setakat ini.
Ya lah kadang-kadang kita manusia ni mudah alpa dan leka.
Mudah mengambil mudah sesetengah perkara yang berkaitan Islam.

Apa yang dilakonkan di atas lebih kurang sama juga dengan pengalaman perniagaan kami suami isteri.
Tapi ZAKAT PERNIAGAAN yang banyak mengajar kami.
Lebih faham, lebih bersyukur dan  lebih banyak memberi daripada menerima.
Insyallah, jika ada kelapangan, akan saya sharekan beberapa story yang betul-betul mengamit emosi dan peluang rezeki yang tak disangka-sangka dengan perniagaan kami. 


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: