Wednesday, May 14, 2014

Resepi Japenese Tofu masak Sizzling


Petang semalam buka peti ais nak cari bahan-bahan nak masak minum petang. Sekali ternampak pula 3 tube Tofu Jepun yang dah 2 minggu beli tak terusik. Terus terfikir nak masak sizzling. Kira boleh lah kan buat minum petang walaupun menu ni sejenis lauk. Hikss..

Bahan-bahan:

3 tube tofu jepun
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
2 sudu ayam cincang
2 biji cili api (merah)
1 batang kacang panjang
3 biji cendawan dalam tin (tak bubuh sebab habis)
1 sudu tepung jagung
2 biji telur
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis
Garam
Ajinomoto

Cara- cara buat:

Langkah 1:
Potong tube tofu kepada 2 bahagian utk menyenangkan. Kemudian potong kepada 6 bahagian. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.

Langkah 2:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Lepas agak garing, masukkan daging cincang pula. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis serta sedikit air. Lepas tu masukkan tepung jagung bersama air dan akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili yang telah dihiris2 halus. Tunggu sehingga kuah pekat.

Langkah 3:
Kacau telur bersama garam. Panaskan hot plate ( saya guna non stick pan) dan masukkan telur yang telah dipukul tadi. Setelah telur separuh masak, susunkan tofu jepun tadi cantik2 dalam pan. Dan akhir sekali tuangkan kuah yang dimasak tadi. Last sekali taburkan bawang goreng.

Fuhhh! Walllaaaaaa..
Makan ratah saja panas-panas banyak syokkkkkkkkk oooooooo..

Kepada yang suka makan tofu jepun tu, bolehlah cuba ya. 

Dah buat jangan lupa tag saya.. Hihi


Post a Comment