Monday, March 31, 2014

Studio Room pula di Bayou Lagoon Park Resort


Ini betul-betul unplanned holiday!
Balik kerja tengahari rabu lepas, terus packing2 barang dan set go!
Sebenarnya kesian kat anak2, school holiday tak bawa ke mana2. Kesian kat diri kami sendiri juga. Asyik kerja-kerja-kerja, langsung tiada masa utk bersantai dan beristirehat. Macam ni lah kalau business sendiri, istilah betul-betul cuti memang jarang2 ada. Jadi kesempatan masa yang ada, bolehlah dijadikan short vacation.


Booked hotel pun masa otw nak ke Melaka. Via Agoda. 
Nak check in pun boleh tahan ramai orang.
Sampai2 sahaja dalam bilik! Wahhh terus nampak jakuzi ni. Tak tahu pun studio room ni ada jakuzi. Sebab dulu masa yang stay kat 2 bedroom apartment tak ada Jakuzi.


Memang luas.


Ada kabinet dapur kecil dan ruang makan. 


Tv yang boleh adjustable.
Nak pusing bahagian mana nak tgk TV pun boleh.


Antara bedroom dan bathroom ada connection sliding window.


Nak selfie juga! Hiks


Aleesya yang posing di antara bedroom dan bathroom


Simple living room, buka je sliding door, angin sepoi2 masuk..


Dah siap2 makan, rehat dan berjakuzi dalam bilik, lepas maghrib bersiap2 nak ke Night Safari Zoo pula. Nanti buat entry lain ya yang tu.


Balik dari Night Safari dan makan malam, release tension lagi dalam Jakuzi.


Saya yang sempat intai2 both Damias, bukan apa.. Budak2 kalau dah jumpa air kadang2 boleh jadi hilang pertimbangan. Takut jatuh, tergelincir atau lemas.


Pagi esoknya turun sarapan


Lebih kurang sama je menu sarapan dengan yang kami datang dulu


Dah sarapan apa lagi? Main air lah kan.


Both Damias je yang mandi manda, kami suami isteri dating bawah pokok. Hikss.
Hamboi teruja Aleesya main slide ya. Ayyunie takut. Tapi adalah sekali dua dia try sliding. Pastu muka cuak haha..


Dah siap main slide, singgah mandi kat pool pula. Makk aiii, panas terik betul cuaca. Tak tahan, kejap je both Damias main dalam ni.. Tak sampai 10 minit pun.

Lepas check out terus ke bandar Melaka utk tempah cenderahati secara pukal dan sambil2 tu round2 bandar melaka naik beca.

Kami sangat gembira kerana walaupun short vacation, tapi masa berkualiti bersama tu yang penting. Tak kira apa pun, hargailah ahli keluarga kita yang tersayang. Terima kasih Ya Allah.

Kalau ada sesiapa yang nak tgk cam mana pula bilik 2 bedroom apartment di Bayou Lagoon ni, boleh klik klik link kat bawah ya..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: