Tuesday, March 25, 2014

My first Monopod, Universal Clip Lens & camera shutter!

Pergi HP,
Cuba sendiri,
Test sampai puas hati,
Terus beli!

Beberapa minggu lepas cakap kat ayah damia yang saya nak beli monopod, sekali ayah damia cakap jual dulu kamera-kamera dan aksesori dalam dry box baru boleh beli. Ya lah dia cakap beli beli pastu tak guna, tak ke membazir. Huhu.

Pastu semalam lepas sahaja selesai beberapa urusan di JB, saya utarakan manalah nak cari monopod on the spot ni. Nak beli online lambat. Haha..

Dan dan ayah damia terus cakap gi HP lah, kat situ kan banyak gadget dan aksesori handphone. Ok terus gi.

Masih tak banyak lagi kedai yang jual monopod ni. Ada yang cakap next week baru order sampai, ada yang cakap sold out, ada yang cakap kena order dulu. Dan mungkin rezeki kami, ada satu kedai ni masih ada stok monopod. Katanya "manyakkk laku ini barang".. Mana tak laku? Tengah trend kan sekarang.. Hihi..

Bagi saya yang berminat mengambil gambar ni, saya rasa trend ni tak harus saya abaikan. Bukan monopod jer saya grab, malah Universal Clip Lens dan shutter pun saya grab sama. Malah harga lagi murah dari Groupon, Lazada, MyDeal atau org perseorangan yang jual dalam online. Kalau beli satu2 items mahal sikit lah, amik set terus lagi murah!


Taraaa! Dan inilah hasil guna monopod, wide lens dan shutter. Boleh tahan juga hasilnya kan. Nampak penuh dalam gambar! Eh adik handsome yang entertainted kami tu pun enterframe. Alololo, comeyy Ayyunie tersorok kat belakang tu!


Ni ayah damia yang try amik gambar  pegang monopod tu! Best best! Saya suka.


Monopod. Boleh tarik panjang lagi ni.


Camera shutter. Nak warna pink, tapi sold out. Tinggal biru dan hijau je.


Ni fish eye lens, wide lens dan macro lens. Dah lama nampak kat online, baru sibuk nak beli hah. 

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah. Semoga hobi saya ni dapat mengoptimumkan items yang saya beli tu! Tak nak membazir dah!

Jom bermonopod!



No comments: