Monday, March 17, 2014

Musim dan selera goreng kunyit ajer..

Sekarang ni musim batuk2, demam, dan seleselma kan!
Saya pun dah terasa tekak makin perit, hidung pun dah mula nak start Strott Strett. Tapi Alhamdulillah, both Damias masih sihat walafiat dengan IzinNya. 


Bila tekak perit, mulalah tak ada selera nak makan. Tapi malam tadi tetiba teringin nak makan daging goreng kunyit. Otw balik kerja, cepat2 singgah pasar mini beli daging semata-mata.

Sampai rumah je terus goreng kunyit. Makan pula dengan nasi panas-panas. Berkuahkan budu penyek cilipadi dan perah limau nipis. Fuhhh berselera makan.

Alhamdulillah, Allah masih bagi rezeki nikmat makan.


Dan pagi ini pun sama. Still tak nak makan benda lain. Menu sama. Tapi pagi ini ayam pula. Ayam goreng kunyit makan dengan nasi panas-panas. Lepas tu letak kicap je. Ya Allah, berselera makan. Aleesya pun siap cakap nak bawa bekal nasi putih dan ayam goreng kunyit je. 

Semoga Allah lindungi kesihatan kita semua. Jauhi jerebu, banyak minum air masak ya semua! Jangan main hujan pula! 

Post a Comment