Saat terasa akan jatuh dan kecewa, ingin mengeluh pemberian Illahi. Pandanglah Alam dan belajar daripada kehidupan sekeliling. Bukan hanya pada manusia, bahkan haiwan, daun awan atau segala hidupan.
Tidak semua dapat kita pelajari daripada manusia, hidupan lain juga mendidik kita. Alam tidak pernah ingkar dengan perintah Allah, mengapa manusia pula yang saling berbantah?
Gunung tidak mampu menanggung beban jika Al-Quran diletakkan diatasnya kerana terlalu berat arahan itu. Sedangkan manusia mudah sekali meninggalkan Al-Quran di belakang.
Dengan melihat alam, kita belajar mengenal diri. Bertuahlah apabila dapat pula mengaitkannya dengan ajaran yang tersurat dalam Al-Quran. Banyak ayat Al-Quran yang menganjurkan kita melihat alam untuk mengenal diri. Segala yang berlaku bukan sia-sia.
Sungguhlah orang baik tidak hanya memikirkan perihal diri. Mereka memerhati alam sekeliling untuk mendekatkan diri dengan Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Alam Mendidik Diri,
Majalah Solusi,
Isu 63, m/s 34.
No comments:
Post a Comment