Monday, March 24, 2014

Kosmo, 24 Mac 2014 II CocoDamia Bakal Tembusi Pasaran Asia Barat


Alhamdulillah, Syukur..
Semoga Allah memberkati setiap inci usaha kami suami isteri dan juga penat lelah team CocoDamia.

Nak menaikkan jenama dan produk sendiri bukan senang..
Banyak yang perlu dikorbankan..
Bukan sekadar angan-angan on paper..
Bukan sekadar menimba ilmu dari teori semata-mata..
Tetapi pengalamanlah yang paling banyak mendewasakan..
Dan yang paling penting banyak mendekatkan diri dalam Zon Allah..
Supaya kita tahu apa maksud "rezeki" yang sebenar-benarnya..

Selain daripada Allah yang dapat menilai perit jerih kami, saya sebagai isteri turut berbangga dengan penat  dan usaha suami saya sendiri. Kadang-kadang kesian juga, tapi makin dikasihan makin disayang-sayang.

Kalau orang tanya apa rahsia kami, kami jawab semuanya daripadaNYA.
Awak usaha awak dapat, tak usaha jangan harap!

3 Mantra kehidupan kami:

"Man Jadda Wajada"
- Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berhasil-

"Man Shobaru Zhafira"
- Sesiapa yang bersabar akan beruntung-

"Man Yazro Yahsud"
- Sesiapa yang menanam, akan menuai yang ditanam-

p/s: Semoga business COCODAMIA dapat memberi kebaikan dan menambah nilai kepada masyarakat. Jom kepada sesiapa yang nak jadi pengedar atau stokis, hubungi kami di talian 010-6468383 atau email cocodamia@yahoo.com.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment