Thursday, March 20, 2014

Kifarah Mungkin II Tayar Pecah dan Meeting MIHAS

Hari yang sangat hectic!
Jam 8 pagi dah siap2kan both Damias ikut saya ke Office Jualan di Taman Universiti.
Sebab janji dengan client nak ambil stok Krukk Krakk jam 8:30 pagi.
Sambil tunggu Client sambil sarapan pagi.

Lepas tu jam 9 pagi patah balik ke kilang CocoDamia untuk hantar both Damias kat situ.
Minta tolong staff tengok-tengokkan dan hantar ke sekolah.
Sebab sure meeting saya habis lewat dari waktu yang sepatutnya saya hantar mereka ke sekolah.
Masa otw ke kilang tu, dah dengar bunyi seret-seret kat Tayar.
Mula2 cuak juga, lepas dah ok ignore je lah.



Sekali otw nak ke meeting di JB, saya rasa kereta saya gegar2..
Makin lama makin kuat gegarannya. Nak2 pula jalan highway Skudai-Pontian tu..
Saya ni habis kuat dah control strereng bagi balance.
Last2 rasa dah tak boleh pergi, bagi signal masuk slow-slow ke pintu belakang UTM.


Mujurlah ada 2 orang abang handsome ni datang membantu tanpa perlu disuruh.
Yang paling kelam kelibut tu, saya tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu!!!
Cuak tak?? Giler gabra..cari sana sini, buka itu ini, tak jumpa juga tayar spare tu.
Sambil tu handphone kat telinga ni dengar ayah damia bagi direction tayar tu kat mana.
Yang best lagi tu, abang2 handsome yang tolong saya tu pun tak tahu kat mana TAYAR SPARE tu hah..
Last2 saya bagi handphone saya suruh ayah damia yang kat KL cakap sendiri ngan abang handsome tu.

Haha, baru tahu, rupanya tayar tergantung kat bawah kereta, tapi nak jatuhkan tayar tu kena buka nat dari dalam kat bonet tu. Aduss! Sabar jer lah..

Tukar tayar hanya 5 minit, cari tayar tu yang sampai 20 minit.
Memang pengalaman baru betul.

Apa2 pun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Sampai tepat waktunya meeting jam 10 pagi.

Dan saya percaya ini mungkin kifarah dosa saya.
Mana tahu bayar zakat kurang ke, bulan ni kurang sedekah ke, dan lain-lain.

Tapi Alhamdulillah, saya Redha. Sebab dari awal lagi saya set mind saya bahawa rezeki abang2 ni ada pada rezeki saya. Walaupun abang2 ni tak nak ambil token yang saya beri, saya paksa juga suruh ambil. Hihihi..


Dan Syukur juga..
Tadi baru sahaja habis meeting bersama 7 usahawan dari Johor yang lain bersama-sama pihak UPEN dan  PUJB tentang event MIHAS yang akan berlangsung tak lama lagi. CocoDamia melangkah setapak lagi ke peringkat International.

Terasa kerdilnya saya pabila CocoDamia adalah satu-satunya usahawan baru yang terpilih untuk ke MIHAS ni. Yang lain-lain produk dan usahawan nama besar dan yang dah biasa pergi MIHAS ni seperti Mak Jah Frozen, Rempah Mak Siti, Otak-otak JB, KARAZ dan lain-lain. 

Alhamdulillah, Syukur terpilih ke peringkat ini!
Semua datang daripadaNYA..
Start Small, Dream Big!
Then Allah will give you big big big rite?

"Man Jadda Wajada" 
<Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berhasil>

p/s: Tahniah juga kepada pelajar-pelajar  Pusat Bahasa Pelangi yang mengambil keputusan SPM harini. Nanti calling2 dan jumpa cikgu ya!

No comments: