Tuesday, March 18, 2014

Pit-stop di Ladang Rusa, UTM

Last weekends lunch dalam UTM.
Kebetulan nak jumpa orang dalam UTM, tu alang2 makan kat situ.

Lepas tu singgah kat pit-stop ladang rusa. Bukan pertama kali lalu kat sini, dah banyak kali lalu lalang kat situ. Tapi tak pernah singgah. Kebetulan ada kelapangan masa, singgahlah kejap sebab Ayyunie beria-ia nak tgk deer!


Wah, bukan main lagi rusa ni menghulurkan muncung dia semata2 nak amik kulit kacang yang kami baling.


Yang ada tanduk je berani datang kat kami. Yang lain2 macam takut je. Owhh yang ada tanduk ni jantan erkk? Patut le berani.


Ayyunie yang happy dapat tgk deer. Selama ni lalu area ni tgk dari dalam kereta je lah ya. Ni live depan mata.


Sepatutnya tak boleh bagi makan kat rusa2 tu. Siap ada sign lagi. Tapi kami bagi makan dari jauh je. Ayyunie lah excited baling2 kulit kacang tu. Pastu pabila yang bertanduk datang dekat, dia lari jauh. Hiks.. 

Comellah keletah Ayyunie...

Nanti kita singgah lagi ya sayang.

Post a Comment