Thursday, October 24, 2013

2 bedroom apartment || Bayou Lagoon Resort!

Perkataan yang paling sesuai utk menunjukkan keseronokan kami disini adalah "keriangan bermain air"!!!

Ya begitu seronok kami sekeluarga bermain air disini. Seolah2 melepaskan penat lelah kerja keras sebelum ni habis-habisan didalam air. Cuti2 kami yang bertemakan "forget work, lets enjoy" 3 hari Sebelum Raya Haji tempohari successful. Hihi.. Sangat seronok.

Kami memilih 2 bedroom apartment di resort ini kerana bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga kami serta tambahan ayah saudara both damias pun turut serta.


Pandangan dari balkoni. Simple tapi cukup semuanya.


Pandangan dari kitchenette. Selesa dan kalau buka sliding door balcony tu, angin sepoi2 masuk ke apartment kami.


Bilik saya dan ayah damia. Jauh sangat katilnya. Maka kami rapat-rapatkan..:) Bilik agak kecil tapi hall kat luar sangat besar. Tapi walaupun kecil semua ada.


Bilik air bilik kami.


Both Damias tidur satu katil, uncle diaorf tidur satu katil.


Toilet utk bilik both damias tadi.


Pemandangan dari Balcony kami. Wahhh teruja mula2 sampai!!! Semua tak sabar nak main air dah.


Dalam jam 6 petang, kami pun turun. Teruka tgk slide tu. Tapi saya takutttt..


Ramai orang masa ni. Kebanyak yang datang sini buat family day atau reunion.


Banyak bahagian boleh main slide ni.


Jodoh TERjumpa tokey Airiswalldeco kat Melaka ni. Beria-ia janji nak jumpa kat Putrajaya masa KUD aritu, tak dapat jumpa sebab saya ke KL, dia ke Selatan. Sekali Terjumpa kat sini kan.. Hihi.. Thanks tegur saya tau. 


Pastu sambung main slide kat bahagian sini pula. Lepas tu saya pun simpan luggage dan hp dalam locker, dan dabushhhhhh saya turut serta main air. Saya kalau dah naik slide tu, jangan harap mulut nak duduk diam ya. Menjerit mengalahkan budak kecik. Anak2 saya main slide steady jer. Muahahahaha


Lepas maghrib, kami keluar makan. Nanti saya buat entry lain tempat makan unik ni ya.


Pagi esok breakfast kat hotel. Boleh tahan ramai juga orangnya. Makanan pun  macam2.


Kalini saya tak main air dah. Malas nak basah2 sebab nanti kul 12 dah nak check out. Just temankan ayah damia dan anak2 main slide jer.


Ewah ewah, bukan main berani ya anak2 saya main slide yang tahap kecerunannya menakutkan ni. Siap beratur sendiri2 kat atas tu hokey. Saya cukuplah jadi photographer tak bertauliah kat bawah tu.

Saya ada amik video both Damias main slide ni. Dan dan upload dalam instagram masa ti. Bukan main berani lagi. Ibunya kecut perut pulak.


Pastu sambung main air kat sini pulak. Hamboii!! Memang puaslan diaorg ni main air. Ni memang betul2 forget works seketika. Alhamdulillah, ada jua kelapangan utk bergembira bersama keluarga kecil saya.

P/S: Lepas check out kami sambung holiday di KL pula.. Next entry!














No comments: