Beberapa hari sebelum saya ke KUD di Putrajaya, saya ada tempah online utk wall deco ni. Ni kali kedua saya tempah dengan owner yg sama. Dulu saya tempah gambar2 both Damias sempena Hari Jadi Aleesya. Kalini saya tempah gambar2 saya dan ayah damia pula. Oh ya gambar diatas saya ambil dari Facebook airiswalldeco.
Services memang tip top, harini send gambar dan buat pembayaran, esoknya terus dah siap dan siap delivered ke KUD lagi. Kebetulan juga owner tersebut nak ke JB hari jumaat, dan saya pula ke KUD hari jumaat, so kami memang tak sempat jumpa. Hari khamis owner tersebut hantar ke ayah damia di booth CocoDamia. Terkejut jua ayah damia apa lah tetiba ada org hantar barang atas nama dia kan. Boleh juga dijadikan hadiah Anniversary kami berdua yang baru lepas beberapa minggu.
Sepanjang di Putrajaya, kami amat sibuk dan tak sempat nak bukak pun wall deco yang berbalut kemas tu. Sampai2 sahaja dirumah, terus buka dan alhamdulillah, seperti biasa hasil tangan yg sangat puas hati.
Dah siap tergantung. Inilah yang dimaksudkan dengan sekeping wall photo potrait yang membawa seribu satu kenangan abadi di Tanah Suci. Dan yang pasti kenangannya sentiasa terpahat dihati agar kaki kami dapat lagi menjejakkan kaki kesana.
Setiap kali melihat gambar2 ini, seolah-olah ia memanggil-manggil untuk kami ke sana lagi. Wahai Allah yang Maha Pemurah lagi maha Kaya, izinkanlah kami untuk jejakkan kaki kami ke sana lagi bersama dengan keluarga kami Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment