Tuesday, October 8, 2013

Sambal ikan bilis Ma'at


Ini bukan produk saya, tapi produk org lain. Disebabkan rasanya sedap dan praktikal utk org busy macam saya, maka saya sharekan dalam blog saya. Suka kita share, tak suka duduk diam2. Bukannya kalau tak suka kita canang satu dunia kan..;)


Disebabkan suka saya beli 1 katon terus. Dalam tu ada 10 peket.


Ini bukan jajan, tapi ala-ala lauk. Tapi saya dan both Damias kadang2 selamba dekk jer buat macam jajan. Pastu mulalah mulut kebas dan peda. Lepas minum air, sambung lagi makan. Tapi jujurnya makan dengan nasi atau bubur lagi best!


Ni lah bentuk dalamnya.. Garing2 pedas..


Semalam kan saya dan seisi keluarga tak berapa sedap badan. So buat bubur ayam. Tabur banyak2 sambal ikan bilis ni. Memang wallaaaaa!!! Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan produk ni utk saya. Lepas ni senang agak2 kalau lepas masak nasi nak makan dengan apa, kalau tak serunding daging dari kelantan, makan dengan sambal ikan bilis ni pun sedap.. Syukur..





No comments: