Wednesday, October 30, 2013

Slurpppp!!! Sedut pun boleh...


Besar gilerrrr gear box ni kan. Gambar ni ayah damia whatapps masa dia dinner kat Bandar Baru Bangi tempohari.

Aleesya nampak jer gambar ni terus beria-ia ajak makan. Saya cakap yg ni jauh punya, nanti ibu bawa aleesya gi yang dekat punya.



Then sabtu lepas, lepas asar terus saya ajak aleesya ke pesta konvo UTM. Kesian dia merengek2 nak makan. Kebetulan saya pun teringin juga. Hujannnnn... MasyaAllah punyalah lebat selebatnya. Ada banjir kecil berlaku sepanjang dari rumah saya ke UTM. Gagah juga tu drive slow-slow. Yang tak tahan tu sambil2 tu boleh pula layan cerita Mann dalam kereta yg kebetulan disiarkan di TV3 masa tu. Terima kasih Ya Allah sebab tak ada apa2 berlaku.


Hujan masih lebat. Gigih berpayungkan payung rainbow kami ke gerai sup gearbox. Ada banyak sangat gerai jual sup. So kami ikut kata hati nak makan kat gerai mana. Last2 gerai last jugak yg kami berhenti dan makan disitu. Nasib baik sedap.


Gear box paling besar dah saya minta ni. Ni jer paling besar yang ada. Boleh lah. Bersyukur dengan apa yg ada. Harga semangkuk kuew tiaw sup gear box ni RM7.50. Otak-otak tu 80 sen satu. Macam dah naik harga ja.


Begitu bergaya dan penuh penghayatan ya Aleesya makan gear box ni. 


Pandai sedut-sedut hah. Kalah ibu!!! Alahai Aleesya habis makan 1 batang gear box tu. 3 lagi ibu jugak yang kena habiskan. Haishhh, mana ibu tak makin mengembangkan.

Btw tak pernah miss kalau ada pesta konvo ni sebab suka yang bab shopping2. Shopping Baju dan shawl agenda wajib. Hihi..


Antaranya saya beli juga buah mangga epal ni. Manis2 lemak. Sekilo Rm6. 

P/s: Uolss suka makan sup Gear Box tak? Kat kelantan ramai orang jual!




Post a Comment