Wednesday, October 2, 2013

Hadiah-hadiah yang dapat minggu lepas

Dasyat tajuk entry! 
Macam banyak sangat hadiahnya..
Tidaklah banyak mana, tapi bestlah hasil daripada hobi join contest. 
Tak usaha siapa nak bagi kan?
Contest pun contest bergambar aje. Kalau contest Higher Purchase ke, contest rumit2 ke, contest kumpul POP ke, memang jarangggg sangat nak join..

Alhamdulillah, last week ayah damia yang gi collect kat office2 berkaitan di KL sebelum startnya KUD.


Ni voucher hasil kemenangan contest May. Menang gambar ceria raya. Dapat voucher Jusco RM200. Yang bestnya tak ada expired date. Hooray!!!


Dapat duit RM500. Menang contest bergambar Follow Me. Yang masuk Harian Metro haritu. Ni monthly winner.


Selain dapat cash RM500, dapat juga electric Oven jenama Cornell ni. Sabo jer lah besarnya oven ni. Separuh bonet SUV ni. Dah tumpang letak rumah BIL kat bangi masa otw balik KUD tempohari.


Khamis lepas, dah selamat sampai hadiah kemenangan gambar "best raya dress" contest. Alhamdulillah dapat Grand Prize.


Hadiahnya pun grand juga. Lagi grand kalau dapat emas 916 kan. Ngeeeee... Saja gurau2.. Ni pun dah bersyukur. Eh ada apa dalam 2 kotak tu? Ada bling2 ler.. Nanti2 ler tunjuk ya.

P/s: Banyaknya Appointment harini! Semoga semua perbincangan dan urusan dipermudahkanNya dan berjalan lancar. Aminn



No comments: