Wednesday, October 23, 2013

Warna Warni Sambutan Ulangtahun ke 6 Damia Aleesya

Mula2 sekali, Aleesya sangat happy..
Sebab ada 2 kek pink comel utk sambutan kalini..
Kek yang dihadiahkan oleh tokey kek tu sendiri..
1 ibu beli, 1 dapat hadiah..
Seronok tak terhingga..


Ni kek yang ibu tempah dan beli..
Sebab next year Aleesya dah nak masuk darjah 1, maka tema kek kalini lebih kepada tema nak masuk sekolah. Ini pun dah last minute tau tempah. Bagi design pun sehari sebelum majlis bermula.


Sebab sehari jer tempoh masa, maka tokey kek cakap, reben atas kek ni tak berapa nak naik..
So sebelum majlis malam tu, tokey kek ni siap letak tisu lagi dalam reben2 tu utk membentuk biar lagi cantik..


Dan setiap batang pensel tu tertulis nilai2 murni yang baik utk Aleesya. Dengan harapan semoga Aleesya masuk usia 6 tahun ni, Aleesya makin tekun, sopan, solehah, berani, rajin dan lain2 sifat2 murni lagi..


Taraaaa, inilah kek yang tokey kek tu bagi hadiah..
Comel kan..kek strawberry..
Butter cream cake ni..
Awal2 lagi, Ayyunie dah calit kat tangan nak rasa..
Alahai anak, nasib baik sempat ibu snap2 dulu sebelum kamu calit sana sini...hihi

TQ Alin atas hadiah yang sangat bermakna utk Aleesya ni.


Dekorasi yang simple utk majlis birthday Aleesya ni..
Penuh warna-warni..
Itu jer yang sempat ibu siapkan sebab ibu haritu kebetulan ada masuk kilang.
So dalam kul 4 petang baru sampai rumah prepare itu ini..

Btw saya tak cakap pun kepada jemputan yang datang kenduri rumah saya aritu ada sambutan birthday Aleesya sekali. Ramai yang marah sebab masing2 tak bawa hadiah.
Alahai, saja-saja jer buat ni..janji niat utama saya nak buat makan2 panggil jiran2, staff2, pelajar2 dan rakan2 tercapai. Ini macam selingan ajer lah..no worries ok semua..


Apam Polkadots yang saya letak dalam pahar kahwin saya 9 tahun yang lepas..
Hihi, berguna juga ya pahar kahwin saya ni..
Tetiba ALLAH  bagi saya idea nak buat sekreatif ni..
Ramai tetamu yang cakap cantik dan tak terfikir pun nak buat cam ni...hihi

 Lebih kurang jam 9 malam, semua kanak2 berkumpul kat meja utk sama2 nyanyikan lagu "happy birthday"..
Tersenyum sipu2 Aleesya..

 Malu-malu Meaooowww lah Aleesya ni..
Eh Ayyunie pun malu2 jugak..
Ayyunie tu lagi lah..birthday orang birthday dia juga..haha..layanzzzzzz..

 Tiup lilin sudah...haishhh berapa kali tiup lilin dah tu..
Kelmarinnya dengan kawan2 kat sekolah..
Sebelum tu ngan ibu..
Tak pe lah...pasni dah masuk sekolah rendah, belum tentu nak sambut kan..

Acara memotong kek.
Alhamdulillah, lepas tu Aleesya agih2kan kek kepada kawannya2..
Siap bawa pahar apam polkadots tu lagi utk diberi kepada tetamu yang hadir..
Syukur Alhamdulillah atas Kurniaan Rezeki Zuriat dan Rezeki2 lain yang Allah berikan kepada saya dan suami.
Semoga lepas ni Allah tak jemu-jemu permudahkan rezeki kami sekeluarga..

p/s: Terima kasih jua kepada staff2 saya, jiran2 saya, rakan2 saya dan pelajar2 saya yang bagi hadiah dan "Ang Paw" utk Aleesya. Walaupun diaorang tak diberitahu, memang diaorg tahu juga. Contohnya jiran2 tahu sebab masa tokey kek hantar kek kat rumah saya, diaorg ada kat luar. Staffs saya tahu sebab saya yang suruh diaorg sediakan goodies coklat IQ, pelajar saya tahu sebab diaorg boleh detect birthday Aleesya...:)...dan terima kasih juga kepada tetamu2 yang bagi "Ang Paw" kepada Aleesya. Semoga Allah berkati kalian semua. Aminnnn..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment