Tuesday, December 31, 2013

Selesai sudah orientasi Darjah 1 dan Delizio Pizza Lagi




Alhamdulillah..
Selesai sudah Orientasi, taklimat dan Exam tahun 1 untuk Damia Aleesya.
Bangun jam 6:30 pagi tadi, sarapan siap2 kat rumah terus ke Sekolah..
45 minit-1 jam juga lah dari rumah nak ke sekolah Aleesya..

Aleesya punyalah excited, pagi tadi jam 1 pagi kejutkan ayahnya tanya bila nak gi sekolah..
Hahaha, ayahnya cakap..tidur dulu..lambat lagi nak ke sekolah..
Jam 6 pagi sebelum alarm HP bunyi lagi Aleesya dah bangun..
Memang excited sungguh ni..

Perghhh...tak pernah2 Aleesya tidur tengahari tau..
Penat macam mana pun memang jarang2 sangat dia akan tidur nak2 pula dalam kereta..
Kecuali kalau long journey..
Tapi harini penat sampai tertidur hah!!
Gaya tidur dah macam penat jalan kaki ke sekolah jer kekdahnya..
Hihi...tak pe..esok dah start kelas petang..
Hari ini je orientasi start pagi..


Balik jer dari sekolah, tanya Aleesya nak makan apa?
Dia jawab Pizza Macam Haritu..
Means Delizio Pizza lah tu..entry semalam yang saya buat tu..
Tengahari boleh tahan ramai orangnya..
Aritu pergi lepas maghrib tak ramai sangat..
Alhamdulillah, harini ambil set besar punya pizza.
Ater kata pizzanya lembut dan sedap kan..
Hihi



Post a Comment