Wednesday, December 18, 2013

Petrosains, Playsmart Johor Bahru..

Cerita hujung minggu yang lepas..
Hari Sabtu lepas saya ada kursus seharian di Pontian.. So memang tak kemana lah kan.. 
Seminggu sebelum tu pula ayah damia yang ada kursus di Mardi... 
So pendek kata kalau tak ada event atau karnival pun, tetap mem"busy"kan diri menghadiri kursus2 yang dianjurkan demi memantapkan lagi ilmu didada.

Ok, hari ahad pula kesian juga tgk both Damias kat rumah.. Walaupun mereka tidaklah meminta utk dibawa kemana-mana, (tipuuuu.. Ayyunie asyik tanya bila nak gi hotel.. Hihi) tetapi sebagai ibu dan ayah mana sanggup tgk anak2 tak dibawa ke mana2 kan..

Lepas Zohor kami keluar makan kat Galleria di Plaza Kotaraya.. Then terus ke Petrosains Playsmart yang terletak di jalan Yahya Awal berhadapan dengan menara TNB.


Kami sampai dalam jam 4 petang. Tutup pukul 6 ya kalau hari ahad. Wahhh sampai2 tgk ramai orang dalam petrosains tu.


Both Damias yang teruja tgk macam2 ada dalam tu.


Disebabkan kat sini banyak info2 sains yang both Damias masih tak tahu, maka kerjasama daripada ibu bapa amatlah mengalakkan. Bapa jer bagi kerjasama ni. Ibu sibuk amik gambar.. Kui kui..
Gambar kat atas tu nak test tekanan udara.


Ni kena bina jambatan tergantung. Nak tahu kestabilan dan kekuatan sesuatu struktur.


Ada pertandingan mencipta. Tema Angkasa Lepas kalau tak silap.


Menconteng batik.


Suasana di dalam Playsmart tersebut.


Lepas dah habiskan masa di Palysmart, kami ke perpustakaan kanak2 pula dihadapan playsmart tersebut.


Cantiknya rumah kanak2 ni kan..


Sesuai dengan persekitaran utk kanak2 belajar. Koleksi2 buku dan nota2 sekolah pun banyak.


Si ayah yang mengajar anak2 membaca.


Kemudian kami ke atas pula utk melihat koleksi2 bagi dewasa dan remaja. Semestinya bahagian pengurusan dan perniagaan menjadi tempat lepak kami.


Bahagian atas nampak lebih formal dan luas. Bilik2 perbicangan turut disediakan utk mereka yang study group atau buat assigntment.


Pandangan dari tingkat atas. Ada disediakan cafe dan juga kaunter utk peminjaman buku kepada orang awam.


Setelah selesai kami menghabiskan masa di Petrosains dan juga perpustakaan, kami bergegas pula ke PC Fair yang diadakan di Persada Johor utk solat dan juga survey barang2 yang kami nak beli. Wahhhhh bersesak2 orang di PC Fair tu. Agaknya dah last day, banyak promosi2 dan diskaun giler2, tu yang makin ramai orang ke sana.















Post a Comment