Susah betul nak cari kuah rojak terlajak sedap Mak Bee kat JB ni. Selalu beli kat Kelantan atau Terengganu sahaja. Tak pun, kakak saya yang stay kat Kedah bawa balik Kampung. Tapi kalau belah2 utara senang nak dapat kuah rojak Mak Bee ni.
Tak jumpa Mak Bee, kuah rojak yang ni pun bolehlah. Yang ni made in Penang. Tapi saya beli kat Karnival 1 Malaysia Best kat Kluang aritu. Masa HPPNK kat Kuantan pun ada juga.
Ada 3 perasa semuanya. Asli, pedas dan pedas lemak. Saya dan anak2 suka yang asli. Ayah damia suka pedas lemak. Siap dapat sebungkus kecil kacang tumbuk lagi. Kemudian bolehlah masukkan kacang tumbuk tu dalam kuah tadi. Gaul rata dan boleh terus makan bersama buah2an pilihan kita.
P/s: Uols pernah makan tak kuah rojak mak bee tu? Best sebab ada gula kan dalam tu..
No comments:
Post a Comment