Ahad lepas (22/12) adalah hari sepatutnya pembelian buku darjah 1 di Sekolah Aleesya. Memandangkan kami berada di Shah Alam, terpaksalah kami meminta tolong daripada orang untuk membeli buku2 Aleesya.
Kenapa terpaksa? Sebab 2 hari sebelum kami bertolak ke Shah Alam, dah try call pihak sekolah Aleesya kalau tak boleh datang hari ahad tu beli buku, bila pula kami boleh datang beli buku? Kerani sekolah jawab naik sekolah nanti baru boleh beli buku balik. Alamak, lamanya.. Takut buku tak cukup, baju pendidikan jasmani tak ada saiz dan macam2 lagi persoalan yang terpacul di fikiran kami.
So punya lah fikir punya lah fikir nak minta tolong siapa ya belikan buku, finally Allah bagi petunjuk minta tolong ibu rakan sekelas Aleesya masa tadika tolong belikan. Ya lah.. Ramai2 kawan Aleesya masa tadika, tak ramai budak melayu. Ada budak melayu pula, darjah 1 bukannya sama sekolah dengan Aleesya. Nasib baik teringat kat ibu kawan Aleesya ni. Kebetulan dia juga duduk sama kawasan perumahan dengan kami tapi jalan lain.
Hah nasib baik suruh orang tolong belikan buku, kalau tak memang tak tahulah ada pertukaran tarikh sesi suaikenal kat sekolah Aleesya nanti. Patutnya 1/1/2004. Tapi diawalkan sehari pula.
Alhamdulillah, dah siap balut semua buku2 kerja Aleesya. Alaa.. Guna instant punya pembalut. Tak macam saya dulu2.. Siap gunting dan seletip bagai buat pembalut buku sendiri. Senget benget pulak tu.. Hihi..
Nama sekolah Aleesya..
Siap ada buku peringatan murid!
Isi kandungan buku peringatan murid.
Buku rekod bacaan pun ada.
Isi kandungan buku rekod bacaan.
Siap dapat whiteboard kecil, marker pen dan duster lagi. Adalah tu aktiviti dia kan.
Semoga Damia Aleesya menjadi anak yang rajin berusaha, tidak takut bertanya dan mudah mengingat dan menghafal ilmu2 semasa disekolah rendah nanti. Ibu tahu sekolah cina ni amatlah struggle. Tapi ibu percaya, dengan doa, usaha dan istiqamah, tiada apa yang mustahil utk mencapai kejayaan. Amin..
No comments:
Post a Comment