Mana-mana perempuan pun takut kalau orang cakap dia gemuk kan? Tak ketinggalan juga saya. Sabtu lepas saya gi scan keseimbangan badan saya masa di Halal Fest 2013 Selangor oleh Herbalife..scan ni best sebab kita boleh tahu secara kasar kondisi dalaman badan kita. Contohnya peratusan air dalam badan kita. Huhu.. Peratus air dalam badan saya hanya 40% sahaja. Tapi memang tak dinafikan bahawa saya memang susah sangat nak minum air masak.
Dan seperti yang dijangka, berat badan saya turut menghampiri ke tahap gemuk!!! Kalau BMI tu tinggal 1 angka lagi nak mencapai tahap gemuk. Huhu.. Ideal memang ideal tapi ideal yang dah hujung2. Walaupun hari-hari asyik ingat nak diet, diet, diet.. Tapi kalau time makan, dah tak ingat semua tu!!!
Sampaikan suami saya turut cakap "sayang dah gemuk lah"! Sob sob sob..
Hari ahad lepas, tiba2 nampak chef zam meluru ke booth CocoDamia. Masa tu staff saya sibuk melayam customer. Suami saya pula kesian, dia mana kenal sangat artis2 dan celebriti. Buat Donno jer dia nampak Chef Zam tau. Saya pula bila nampak Chef Zam, terus say hi kepadanya dan bertanyakan tip-tip nak kurus macam dia. Haha.. Dan dan kan tanya..
Dia jawab senang jer nak kurus..
JANGAN MAKAN APA-APA!!!
Haha.. Bertuah punya jawapan kan..
Kesempatan yang ada, apa lagi bergambar beramai-ramai lah kan. Hamboi-hamboi Ayyunie.. Bukan main lagi posing kan. Mengalahkan Chef Zam tau posing ni. Tapi serius lah, Chef Zam sangat happening dan peramah. Tak sombong pun. Borak2 macam kawan je.
Ayyunie panggil Chef Zam "orang putih" youuu...tapi memang putih melepak tau! Bukan main manja lagi Ayyunie dengan Chef Zam. Siap pegang2 tangan lagi. Eh tapi sekali tgk cara senyum Chef Zam san Ayyunie nak samalah.. Hihihi..
Ok lah ni ada sedikit tips cara nak kurus dengan mudah. Sharing is caring..
Dream big, start small..
Janji kita mulakan..
Biar sikit, asalkan istiqamah kan..
Peringatan utk saya ni..
Go go go girls!!! Kita semua boleh kurus!!!
p/s: Tadi on the way nak gi office jalan lenggang jer..Patutlah...cuti rupanya harini..hihi..Staff-staff saya semua tak cuti harini. Office buka macam biasa ya..Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya..
No comments:
Post a Comment