Tuesday, December 17, 2013

Halalkah Coklat Import?


Soalan: 
Bulan lepas, saya pergi ke kawasan membeli belah bebas cukai dan membeli beraneka coklat import. Ramai kawan-kawan yang berkirim. Namun saya was-was adakah coklat tersebut halal. Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan:
Coklat merupakan makanan yang diperbuat berasaskan koko. Coklat memberi kebaikan kepada manusia kerana mengandungi bahan-bahan seperti antioksida iaitu asid oleik dan asid sterik yang membantu merendahkan dan meneutralkan paras kolestrol. Selain itu, coklat mengandungi banyak khasiat lain untuk memelihara kesihatan manusia.

Namun, dipasaran terdapat pelbagai jenis coklat termasuk yang halal dan tidak halal. Kita tidak boleh memastikan kehalalannya dengan mengenal pasti logo halal yang tertera pada paket coklat tersebut.

Logo halal yang dicetak pada paket coklat amat penting khususnya kepada pengguna bagi mengenal pasti sama ada sesuatu produk itu telah disahkan halal oleh pihak yang bertanggungjawab. Walaupun coklat berasal daripada tumbuh-tumbuhan iaitu koko yang menurut syarak adalah halal, tetapi cara pemprosesan coklat di kilang terdedah kepada pemprosesan dengan bahan-bahan yang tidak halal. Contohnya, pemprosesan coklat memerlukan pengemulsi (emulsifier), iaitu bahan penstabil yang banyak dihasilkan daripada sumber-sumber tidak halal.

Lantaran para pengguna tidak mengetahui cara pemprosesan coklat dikilang, maka hanya pihak berkuasa yang mampu bertindak untuk mengesahkan sama ada sesuatu coklat mendapat pengesahan halal atau sebaliknya.

Di Malaysia, JAKIM dan agensi-agensi yang berkenaan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 telah memperuntukkan bahawa hanya logi halal Malaysia yang diiktiraf bagi produk atau servis yang dikeluarkan di Malaysia. Sebagai pengguna, anda perlu mengenal pasti logo halal Malaysia daripada bentuknya, tulisannya dan kod standard yang tercatat dibawah logo halal yang tercetak. Biasanya bagi produk coklat tertera kod MS1500:2009 diikuti nombor pendaftaran sijil produk halal tersebut. 

Logo halal yang diiktiraf ialah logo halal Malaysia. Begitu juga logo-logi halal yang dikeluarkan oleh badan persijilan yang diiktiraf oleh JAKIM seperti Majlis Ulama Indonesia (MUI) bagi Indonesia, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), The Central Islamic Community of Thailand bagi Thailand dan lain-lain lagi. 

Sebagai orang yang beriman, kia wajib mencari yang halal dan mengelakkan diri daripada menggunakan produk-produk yang tidak halal.

Allah menegaskan "wahai orang-orang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembahNya". (Surah al-Baqarah:172)

-Petikan daripada Majalah Al-Ustaz, isu no 20-

P/s: Alhamdulillah, bahan mentah untuk pemprosesan Coklat IQ-CocoDamia adalah 100% halal (ada sijil Jakim) dan tidak menggunakan sebarang bahan penstabil. Malah menggunakan makanan sunnah, makanan amalan Imam Syafie Lubanah dan juga makanan tambahan tenaga. Warga kerja CocoDamia dan pengurusan turut mengamalkan pemprosesan mengikut Islamic Manufacturing Practice (IMP) dan 100% adalah Islam. 

No comments: