Monday, December 30, 2013

Delizio Pizza Siapa Punya???


Jom cuba makan kat Restoran Baru..
Restoran Delizio Pizza..
Mula2 ingatkan Deliziq Pizza..
Sebab nampak kat buku Menu huruf Q..rupanya huruf O lah..

Not bad harganya..
Rasanya pun sedap..
Pizza rotinya sangat lembut..
Kalau ditanya mana sedap Pizza Hut dengan Delizio Pizza..
Dah setanding rasanya..
Siapa kata produk bumiputera tidak boleh berdaya saing kan?
Belum cuba belum tahu..


Aneka pizza yang ada..
Harga pun lebih kurang Pizza Hut dah..
Ada juga banyak side dishes..
Semalam saya order set pizza siap mushroom soup dan garlic bread.
Lepas tu add on tempura nuggets dan tempura prawn..
Memang best makan panas2..rangup!


Yang paling saya tak sangka sekali tu hah, rupa2nya yang buka restoran tu adalah ibu kepada students form 5 saya tahun ni..haha..patutlah saya macam kenal jer akak yang duduk baca Harian Metro tu...tapi sebab akak tu tak daftar ngan saya masa tuisyen anaknya haritu...tu yang saya cam tak cam jer..Alhamdulillah bertambah lagi usahawan Bumiputera yang mampu berdaya saing dengan produk yang terkenal...kepada sesiapa yang nak cuba makan Delizio Pizza ni, bolehlah ke Dangan Bay ya. Restoran ni dekat betul dengan Tune Hotel tu.

p/s: Saya ke sini pun sebab Dr. Azizan Osman yang promote Restoran ni masa Seminar Usahawan 2014 semalam. Kalau tak memang tak perasan. Hujung minggu kalau tak join mana2 events atau karnival, memang padat dengan seminar dan kursus pula.

p/s: Owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang betul2 depan Tune Hotel tu pula adalah kepunyaan Bapa students saya juga. Tahniah Faris dapat 5A UPSR haritu. 

Post a Comment