Friday, December 27, 2013

Boleh ke bercuti atas Kapal Persiaran?



Soalan: 
Saya ingin bertanya. Bolehkah kita umat islam melancong dalam kapal persiaran walaupun di dalam kapal tersebut ada kasino, bar dan juga disko?

Jawapan:
Jika anda tidak menghadiri tempat-tempat maksiat ini, maka tidak haram anda berada di kapal persiaran tersebut. Hukum ini sama dengan menaiki kapal terbang yang didalamnya terdapat hidangan arak bagi penumpang bukan islam. Selagi mana saudara tidak meminun arak itu, maka tiada larangan untuk menaiki kapal tersebut.

Sumber: Majalah Al-Ustaz, Isu no 20.


Wahhh best juga kan sambil honeymoon sambil menghadiri seminar atas kapal ni. Stail melancong bersyariat gitu kan! 

P/s: Jumaat terakhir dalam tahun 2013. Dan juga jumaat terakhir bagi orang kerajaan bekerja di Johor. Lepas ni hujung minggu bagi warga Johor adalah hari jumaat dan sabtu!









No comments: