Tuesday, December 24, 2013

Menang Dettol Star Mum!!!

 ALHAMDULILLAH..
Tahun ni kurang aktif join contest sebab kekangan masa..
Tak macam tahun 2012, yang mana rezeki join contest yang sangat memberangsangkan..
Apa pun semua tu daripadaNya kan, kita cuma berusaha sahaja..
Aturannya dah cantik. Tahun ni sibuk dengan CocoDamia pula..
Tapi sekali sekala join contest, lepas tu menang pula dengan IzinNYA, memang sangat teruja kan!!!


Alhamdulillah..Menang!!! Yeayy..
Last minute join..
Ingat lagi sehari sebelum ke Karnival kat Kluang dan SDSI Melaka, sempat lagi melontarkan pendapat yang bertajuk " memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak". Kemudian dapat email mengatakan yang saya terpilih sebagai finalis dan kemudian kena buat slogan pula. Dan finally pihak Dettol call mengesahkan bahawa saya adalah pemenang mingguan. Dan saya juga dikehendaki menghantar gambar bersama anak-anak kepada pihak Dettol. Hah tu lah gambar kat atas tu. Btw saya hantar 3 keping gambar kalau tak silap. Tapi gambar kat USS juga menjadi pilihan. 

Tunggu Prize Giving Ceremony yang akan diadakan pada January 2014 kalau tak silap.
Haishhhh, kena save the date awal-awal.
Al-maklum ler sebab bermula tahun depan, cuti Mingguan Johor adalah hari jumaat dan sabtu. Sure banyak yang kena adjustkan.
Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aminnn




Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: