Tuesday, December 10, 2013

First time buat jeruk petai!


Saya memang peminat petai.. Tapi petai yang makan fresh2.. Petai jeruk kureng sikit. Petai rebus pun tak berapa suka.

Tapi disebabkan staff saya ada bagi petai yang banyak kepada saya. Dan kebetulan pula 2 hari lepas tu nak berkampung kat Kluang dan Melaka 2 minggu lepas, so nak tak nak buat je lah jeruk petai daripada rosak macam tu je kan.

Sebab tak pernah langsung buat jeruk petai, so saya pun google lah cara2 nak buat. Senang bangat rupanya. Rebus sekejap petai2 tu agar biji petai senang dipicit keluar dari kulitnya. Kemudian masukkan air suam dan garam. Saya masukkan cili api 3 biji bagi pedas2 sikit. Siap! Lagi lama lagi kuat baunya.. Hihi..

P/s: Saya sorang je makan petai kat rumah ni..

P/s: Selain petai, staff saya pun bagi buah rambutan dan buah pulasan juga. Fresh from batu pahat. Pokok sendiri lagi!!!
Post a Comment