Thursday, December 5, 2013

Buying primary school uniform, an exciting milestone for us!


Pengalaman pertama saya dan ayah damia membeli baju uniform sekolah rendah!

When the little girl in the family goes to school for the first time, it is an exciting milestone for Aleesya and ibu ayah too!

Btw semalam lepas balik kerja sempat bawa Aleesya pergi shopping baju sekolahnya di Aeon. Ada sebab bawa gi shopping ni. Masa cuti sekolah ni, saya memang ada bagi tugasan utk Aleesya buat supaya dapat mantapkan lagi bacaan bahasa melayunya dan juga sifir. Alhamdulillah.. Aleesya dah lancar hafal sifir 1-5 dan boleh membaca tanpa merangkak2 lagi. Tu yang kami pun excited nak belikan baju sekolah ni sebab dah janjikan. Aleesya lagilah hari2 berusaha membaca dan menghafal tanpa disuruh2. Memang kemahuannya sendiri. Syukur Ya Allah dengan IzinMu dan istiqamah dengan Coklat IQ-CocoDamia.

Ni saya ada bagi tugasan baru pula. Kalau Aleesya pandai, insyallah nanti boleh beli kasut sekolah pula dan kelengkapan2 lain. Saja nak latih Aleesya yang tanpa usaha rezeki takkan datang bergolek. Makin besar makin banyak nilai2 murni yang kena serapkan kepada anak2 kita kan. Insyallah semoga dipermudahkan.


Serba serbi nak beli semalam. Sampaikan panties baru dan baju simmis ( singlet  camisole) pun nak beli walhal kecik lagi budak tu. Aleesya siap tanya lagi simmis tu apa? Kenapa kena pakai? Tak pe latih kecik2 pakai senang. Opsss terselit jua baju baru utk ayyunie dan aleesya. Kesian ayyunie tanya kenapa ibu tak beli dia punya. Alahai nak, awakkan tadika lagi.. Nanti next week kita gi bayar buku dan beli uniform tadika baru ya Ayyunie!

P/s: Kena beli lagi tu pinafore, mana cukup 2 kan.. Beli nanti dah dekat2 naik sekolah lagi sebab budak2 kan cepat tinggi. Takut singkat pula. Tu pun dah ambil saiz 8 tahun...:)

Post a Comment