Hotel yang sangat best..
Tak terasa duduk hotel pun..
Rasa macam rumah sendiri..
Mula2 jejak kaki masuk bilik ni..
Wowww...cantik!!!
Buka2 jer pintu, kitchenet ni dah menyambut kami..
Macam living hall kat rumah ...
Ada Tv, aircond, Sofa, coffe table dan juga peti ais..
Meja dining pun ada jugak..
Bilik dalam bilik..
Kalau yang bawak maid dan anak2 besar sangat lah sesuai yer..
Pandangan dari Living hall..
Luas mata memandang...
Dalam bilik pun ada TV..
So ibu anak tak yah berebut nak channel mana..
TV anak2 kat luar,
TV ibu ayah dalam bilik..
Sebijik macam rumah sendiri..:)
Pandangan ke toilet dari dalam bilik..
Punyalah luas bilik air ni..
Ada bath tub, ada shower room..
So, both Damias mandi dalam bath tub, ibu ayah mandi sama2 dalam shower room...opsss!!!
Serius memang selesa sangat ler stay kat Hotel ni..
Toiletteries yang wajib dibawa balik dan dipamerkan di rak khas utk toiletteries yer..
Hobi tu!!
Memang nasib baik ler, bilik kami selak2 jer langsir dapat tgk orang swimming..
Rata2 foreigner yang pakai bikini lah kan..hehe..
Cer tengok, bangun pagi, buat sarapan sendiri...
Macam kat rumah kan..
While ibu buat sarapan, si ayah baca suratkhabar dan si anak buat homework..
Anak2 nak exam ni...jadi cuti2 kali ni memang tak lepas dengan buku yer..
Aleesya yang dah habis study, tolong ibu kat dapur pulak....
Macam tu lah pembantu cilik...
Sarapan buat sendiri..
Whole grain wrapper with tuna and eggs (hamboiii, nama menu), roti goreng bersalut telur, mushroom soup dan juga bubur nasi instant...memang sebijik lah macam duduk rumah sendiri kan...
2 anak dara cilik yang tak mandi lagi, tapi dah duduk kat dining table nak breakfast..
Nak check out sudaa...
Maksimum oooo waktu check out kami..
Sebab sayang nak tinggalkan hotel umpama rumah kami ni...hik hik..
The hotel's lobby..
Simple but nice..
Yang penting staff semua friendly..
Sementara tunggu ayah damia amik kereta dari parking...
Sempat snap2 muka kami..
Review:
Owhhh kalau nak tahu, harga bilik umpama rumah sendiri ni sangat sangat sangat lah berpatutan..
Selalunya kalau bilik cam ni semuanya rata2 RM350 ke atas...
Itu mengikut pengalaman kami lah..
Kecuali bilik suites yang kat Radius Internationa Hotel yang memang berbaloi jugak tu
Untuk bilik ni hanya RM200++ sahaja tau..
Yer RM200++ sahaja...macam tak percaya kan...hehe.
Kat sebelah hotel tu pulak ada restoran best2 dan restoran arab..
Kebetulan masa malam tu, ada artis buat function kat bangunan sebelah tu..
Sudahnya ayah damia bertembung ngan artis2 masa nak ke seven eleven tu..
Ada artis tu lalu sebelah kereta kami jer tau..
Alahai, apa pulak nama artis tu...lupaaa sudah...
Lepas check out dari sini, kami check in ke D'Ark Resort Janda Baik..
Owhh yer, masa ayah damia beli putu bambu kat kg pandan, ada artis juga sebelah2 jer ngan ayah damia beli air kacang soya...hehe..nanti cerita lah erkk..
2 comments:
MEMANG BERBALOI NIE.. RM200 MCM RATE HOTEL YG TAKDE DAPUR HEHE
woww..interesting sungguh ni kak ayu!!
Post a Comment