Wednesday, May 9, 2012

Agak2 saya masih hidup lagi tak???




Masa pergi berkelah di Janda Baik masa hujung minggu lepas, satu keadaan yang mengelikan serta mendebarkan telah berlaku. Ia berlaku pada hari ke 3 kami bercuti disana. Kisahnya pagi hari ke 3 tu kami memasak breakfast di tepi sungai. So carilah tempat yg redup utk bentang tikar agar budak2 dapat duduk dgn selesa. Kami memilih utk bentang di bawah sepohon pokok yang sangat rendang dan besar. Lagipun kelmarin pun kami memang dah duduk bawah pokok tu. Ayyunir siap tido lagi bawah pokok tu.

Pastu masa tgh makan atas tikar tu, masa tu yg ada cuma ibu, both DAMIAs dan kawan ibu.. yang lain2 tgh mandi sungai dan duduk bawah wakaf yg disediakan. Sedang ibu nak suap nasi ke mulut. TIBA TIBA dgn sekelip mata ibu ternampak ada satu BENDA tengah berjalan dgn lajunya atas tikar dan LALU BAWAH seluar ibu... Hohohoho menjerit ketakutan lah ibu. Bukan setakat jerit je, siap peluk kawan sebelah sambil lompat2 ketakutan. Nasib baik tak terjun sungai jer.

Mati2 ibu ingatkan anak ular tau. Sebab benda tu jalan laju gilerrrr. Lepas tu baru tau tu lipan. Tu pun sebab para suami berusaha mencari lipan tu dan bunuh kasi mati. Sampai sekarang ni kalau ingat peristiwa tu, terasa gelinya dalam seluar... huhuhu

Bayangkan lah yer, kalau lipan tu sengat ibu. Dahlah besar gilerrrr tu. Ntah2 tido tak bangun2 kot... nauzubillah... lagi lah ayyunie tido bawah pokok dan tikar yg sama sehari sebelum tu... haishh tak dapat bayangkan...

Bercuti di kampung, tu lah risikonya.. tapi alhamdulillah, semuanya selamat... ni yang takut nak duduk bawah pokok yang besar2 ni...sebab macam2 binatang exotic nak berkenalan dengan kita. Ada tu ulat bulu atas bingkai cermin mata kawan ibu lagi tau... haishhh.. tu baru depan mata betullll...


p/s: uolssss pernah kena gigit lipan??? atau pernah tgk org kena gigit lipan cam mana???




- Posted using BlogPress from my iPhone
Post a Comment