Tuesday, May 8, 2012

Apa itu kelopak garam???




Petang semalam masa ayyunie tgh tidur, tiba-tiba dia nangis dengan kuat sangat. Ibu yang masa tu kat bawah, cepat2 berlari naik bilik atas. Nasib tak tersadung kaki kat tangga. Sampai dalam bilik, ayyunie tunjuk pehanya sambil cakap 'gatal, gatal'... mula2 tu tompok2 merah kecik... lepas ayyunie garu , tompok tu makin membesar pulak... pastu ibu sapu minyak panas, makin membesar dan melebar pulak tompokkan tu.

Lepas tu pos gambar kat atas dalam FB, tanya pendapat kawan2 nak sapu apa. Rupanya ramai yang bagi komen2 yang berguna, sampaikan lecturer ibu kat UTM dulu pun bagi idea nak sapu apa. Uolls memang best lah. Ni lah yg kata FB ni kalau guna dengan cara yang betul, banyak manfaatnya.

Rata2 yang komen itu namanya 'kelopak garam'... serius first time dengar ni. Kalau ibu buat andaian kena ulat bulu atau gigitan serangga berbisa. Antara komen2 yang hampir sama semuanya bagi ialah sapu air garam tempat kena. Pastu sapu 'calamine' lotion atau terus berjumpa dengan paed.

Tindakan pertama yang ibu buat ialah ambil 5 sudu garam halus, masukkab dalam baldi bersama air suam dan mandikan ayyunie. Kesannya ayyunie dah tak gatal2 lagi. Pastu tgk dia main2 cam biasa walaupun bekas tompokan tu masih ada.





Malamnya baru sempat pergi farmasi beli 'catamine lotion'... sapukan kat tempat yang bertompok tu... alhamdulillah tompokan besar2 dah hilang dan yang tinggal cuma bekas garu jer..

So komen2 yang sangat membina tu banyak membantu sebenarnya. Kalau tak memang ibu sapu minyak panas jer. Atau jalan terakhir bawak jumpa doktor. Terima kasih kawan2...


p/s: Anak2 uols pernah kena "kelopak garam"?? Apa tindakab uolsss??





- Posted using BlogPress from my iPhone
Post a Comment