Wednesday, May 23, 2012

Dugaan pabila orang-orang tersayang sakit..


Sesungguhnya di saat2 kami agak sibuk dan kelam kelibut, dugaan datang menjelma..
Alhamdulillah...sakit kan penghapus dosa..
Walaupun sakit yang teramat sangat, semua kerja2 perlu dibereskan sebelum hujung minggu ni..

Kesian ayah damia..semalam terjatuh dari kerusi, dia tahan dengan tangan...sakit yang teramat nampak dari riak wajahnya..nak pegang pun sakit...bengkak dan semakin bengkak, sempat gi ke tabib utk mengurut dulu semalam..

Harini pergi X-RAY...rupa2nya tulang kat pergelangan tangan dah retak...hohoho..sepatutnya kena pergi simen harini..tapi disebabkan jadual kerja yang pack dan perlu ke hulu hilir, menyebabkannya terpaksa lupakan utk simen tangan tersebut....haishhh..

So, balut lah dulu dengan bandage tu..esok kalau ada masa baru nak gi simen..tu pun kalau ada masa lah...nampak gaya macam tak ada masa tu...nasib baik esok mak sampai dari kelantan boleh lah tolong2 jaga both DAMIAs kejap...lagipun kami banyak order kebaya nak dihantar, termasuklah ke Singapura ni..masa oh masa...

Pagi tadi pulak Aleesya cirit birit...pastu lepas makan ubat yang dibeli farmasi, dah ok..
Balik sekolah tadi pula cikgunya pula cakap muntah2 kat Sekolah..alahai anak..
Tak pe lah..Tuhan dah kurnia Limpah Rezeki kepada keluarga kami, takkan nak mengahadapi sakit2 ni tak redha kan..lepas makan ubat muntah tadi, Aleesya nampak dah makin sihat tu..

Semoga kedua-dua kesayangan saya sihat secepat mungkin!!!

p/s: Pasni ada meeting kul 10 malam bersama staff..pukul berapa lah nak habis meeting malam ni yer..
p/s: Ramai yang cakap, lately kami memang kerja kuat..nak buat cam mana..tu lah risiko kerja sendiri..kerja dengan org suka suki boleh minta cuti kan...:)





Post a Comment