Monday, February 20, 2012

Nasi Vanggey Ipoh || Lebih dikenali Nasi Ganja

Pernah dengar Nasi Vanggey??
Atau sebenarnya lebih dikenali Nasi Ganja...
Kalau ganja betul diharamkan..
Tapi Nasi Ganja ni sampai beratur panjang org nak dapatkannya..

Otw balik dari Cameron ke Jb..
Sempat kami singgah ke Ipoh semata2 nak makan nasi Ganja Ipoh ni..
Kami tahu pasal nasi ganja ni pun sebab org dok sebut2 dan post dalam blog..
Disebabkan tak tahu actual adress, berpandukan GPS, kami sampai jua ke destinasi..


Kedai ni betul2 terletak kat Bulatan Istana menghala ke Bandar Ipoh
Dalam GPS set jer nama Jalan "Yang Kalsom"..
Insyallah...sampailah tu..
Mula2 sampai confius kejap sebab nama restoran cina kan..
Was was Halal ke tak ni..
Tapi masuk jer kat dalam...fuhhhh 80% adalah melayu yang makan...
Actually ni kedai cina,tapi disewakan kepada mamak utk jual nasi Vanggey tu..
Kiranya mamak tu jual nasi, air tauke kedai cina tu yang hidangkan...
Memang serius ramai betul org time tu..walhal dan jam 3 petang pun..



Simple jer kedainya...tapi ramai org dalam tu..


Yang beratur nak tapau pun panjang jer Q nya..
Yang makan dalam kedai pun semua full house..


Tu bahagian buat air...
Tauke dah siap2 buat air dalam jag..
So, senang dan jimat masa...


Ni ler nasi Vanggey atau nasi Ganja tu...
Ayam dia warna merah hokeyyyy...
Kuah campur2..


Rasanya boleh lah tahan...
1 pinggan ada lauk ayam dan telur asin, RM5...
Ok lah kot...
Apa2 pun puas sebab dapat Jalan2 Cari makan di tempat orang..


p/s: Kat JB ni...kalau nasi2 macam ni ..yang femes kat Taman Tun Aminah tu...Restoran Azinur..memang marvelous...walaupun tempat agak sempit dan panas, tapi ramai jer org.....:)



Post a Comment