Tuesday, December 1, 2015

Bercuti di The Legend Resort, Cherating

On the way balik dari Kota Bharu ke Johor Bharu, kami sekeluarga berkesempatan meluangkan sedikit hari untuk bercuti di Pantai Cherating. Walaupun pada awalnya ingat nak cuti-cuti di Cameron Highlands, tapi memikirkan tempoh percutian yang singkat sahaja, maka pilih Pantai Cherating je lah senang. Lagi pun dah separuh jalan otw balik JB kan.

3 kolam renang yang sangat luas dan cantik

Hotel yang menjadi pilihan saya adalah The Legend Resort. Walaupun resort ni agak lama nampak diluar, tapi services dan aktiviti2 disini memang supeb. Ya lah hotel bertaraf berbintang2 lah katakan. Dan yang paling utama, swimming pool yang besar tu penting untuk keseronokan anak2 saya. Percutian ini lebih kepada rewards peperiksaan untuk anak2 sebenarnya. Lagipun senang bercuti awal-awal sebab mana tahu lepas ni dah sibuk dengan Program Cuti Sekolah kan.

Bilik yang luas dan selesa sangat

Kami tempah bilik Superior. Itu pun dah cukup luas untuk kami 4 beranak Ada katil double queen. Selesa untuk kami 4 beranak.

Beranda yang sangat best lepak2 sambil kunyah2 kudapan.
Depan bilik kami adalah garden view manakala belakang bilik kami pula nampak sea view dan pool view sikit2.

Melepaskan penat dari Kota Bharu.
Anak-anak yang tak sabar nak mandi pool, tapi disebabkan hujan masih rintik2, kita rehat dulu dalam bilik ya.

Ruang dalam bilik
Mujur lah ada TV, boleh memecah keheningan kesunyian dalam bilik.

Toilet yang ok-ok je. Tak ada bath tub.

Tak ada bath tub pun tak pe, sebab kolam renang yang besar ada.

Kalau waktu cuti sekolah, banyak aktiviti2 yang ada di Hotel Legend Resort ni. Dan setiap aktiviti adalah berbeza mengikut hari dan masa. Kebetulan time kami pergi tu ada Kid's Cooking Class pada waktu petang. So aap lagi, teruja lah both Damias nak join kan. Btw Kid's Cooking Class ni dibuat tepi pool, tapi memandangkan hujan masih rintik2, so buat di level lobby bahagian cafe.

Excitednya mereka
Btw bukan cooking class sangat pun, more to deco class je.

Topping time
Budak-budak sukalah bab-bab topping ni kan.
Tak ramai pun yang join masa ni sebab may be ramai yang tak tahu pasal aktiviti2 cuti sekolah ni. Saya tahu pun sebab ada nampak pemplet masa kat lobby.

Makan time!
Dah siap deco-deco, apa lagi...makan lah waffle yang diaorg buat tadi.
Nasib baik sedap. Boleh ibu tumpang makan sekaki.

Ini yang diaorg tunggu2 ni.
Dah jam 5, hujan pun dah berhenti walaupun masih mendung. So makin ramailah budak2 turun untuk bermain air.

Ayah Damia yang suka melayan kerenah both Damias.
Mujurlah ada seorang ayah yang suka melayan kerenah dan kehendak anak2 ya tak. Tak harapkan ibu layan mereka dalam kolam? Tak lahhhh...lagipun ibu kena jaga diri baik2 dan banyak berehat buat masa ni..

Breakfast time
Pagi2 bangun mandi terus pergi breakfast. Banyak juga pilihan makanan yang ada.
Breakfast depan pool gitu.

BFF ni. Moga2 sampai besar jadi BFF.
Both Damias yang tak sabar lepas makan, nak sambung mandi pool lagi.

Buai laju laju..
Sebelum mandi pool, saya ajak anak-anak temankan saya jalan-jalan ke pantai dulu.
Cantik sangat tempat yang disediakan oleh The Legend Resort ni.

Tenangkan jiwa
Pergghhh deruan ombak yang mendayu-dayu, cuaca yang mendung dan angin yang sepoi-sepoi..
Memang boleh menenangkan jiwa tengok laut2 yang terbentang luas tu.

Dah macam kat Lombok kan..
Tetiba rasa nak buat satu buai macam ni pula kat rumah..hihi..

Enterframe sikit
Bagi chance lah tuan punya blog enterframe sikit ya. Alaaaaa...perut nampak besar pula...

Posing lagi
Ni cafe depan pool. Petang2 ada jual teh tarik, nes tarik dan juga kerepok lekor panas-panas. Perghhh memang asyikkk lah makan minum sambil mengadap pantai kan. Lepas je mandi pool, terus kami naik bilik rehat kejap dan check-out. Alhamdulillah. Percutian yang bermakna walaupun seketika sahaja.

Btw banyak lagi aktiviti2 yang uolss semua boleh main kat resort ni. Ada jambatan gantung, ada playground, ada kids room (masa both Damias main camera saya tak ada bateri pula nak snap2). Dan kalau yang nak aktiviti lebih ekstrem boleh main ATV tepi pantai, mini motor, memanah, aneka sukan dalam sport club dan macam2 lagi lah. Memang tak akan boring punya duduk kat sini. 

Happy holiday kepada yang bercuti. Hati-hati musim hujan ni.

















No comments: