Thursday, December 17, 2015

Memenangi Naib Johan Peringkat Kebangsaan 2015

( Krukk Krakk Energy Chocolate Bar)

Diformulasikan untuk penambah tenaga dan kecergasan minda.

Telah Memenangi Naib Johan Produk Inovasi Kategori Coklat Peringkat Kebangsaan sempena Hari Penternak & Peladang Kebangsaan (HPPNK) 2015 pada 29 November yang lalu bertempat di Kota Samarahan, Sarawak.

Alhamdulillah. Btw saya dah dapat tahu keputusan saya menang secara tidak rasmi awal lagi sebab rakan-rakan usahawan saya yang lain yang buat pameran di Sarawak serta pihak Agensi ada call bagitau saya yang saya menang. Cuma saya tunggu keputusan rasmi dulu lah baru nak heboh-hebohkan..;-) Ni dah hampir sebulan keputusan rasmi keluar baru sibuk nak buat entry dalam blog dan post di media sosial..;-) Terima kasih kepada juri-juri yang datang menilai CocoDamia tempohari.

Syukur atas pencapaian bermakna ini. Terima kasih Allah. Gambar ehsan dari kawan-kawan yang whatapps.

Produk yang menang akan dipamer dalam rak kaca untuk tontonan umum dan pengunjung di Sarawak baru-baru ini. Ini pun ehsan daripada whatapps kawan.



Terima kasih kepada semua pihak termasuklah CocoDamia Raving fans dan juga pembeli-pelbeli CocoDamia sebelum ini yang tak putus-putus menyokong produk CocoDamia dan repeat pembelian. Tanpa sokongan kalian semua, tak mungkin CocoDamia akan berada sampai tahap sebegini.

Kepada yang masih belum cuba lagi Krukk Krakk ni, bolehlah layari www.cocodamia.com untuk pembelian runcit. Manakala untuk pembelian borong, bolehlah whatapps 012-7507659 atau call talian hotline 010-6468383. Insyallah semoga semua dipermudahkan.

Betul! Krukk Krakk boleh menambahkan tenaga! Kalau tidak masakan Syarikat gergasi The Malaysian Oil and Gas Service Council repeat order dari kami untuk Tournament mereka.

Tak cuba tak tahu!
Jom order!

p/s: Alhamdulillah...menang cash lagi (wink-wink)..


No comments: