Thursday, December 3, 2015

Kepercayaan kali kedua menjadi penceramah jemputan.


Alhamdulillah. 
Sehari sebelum saya balik Kelantan minggu lepas, sekali lagi saya dijemput oleh Pihak Matrade dan MOA untuk sesi sharing bersama 180 peserta wanita yang lain yang rata-ratanya telah mempunyai business atau bakal membuka business. Sharing kali pertama boleh baca di entry ni.


Terima kasih sekali lagi kepada pihak Matrade dan MOA kerana memberi kepercayaan kepada saya lagi untuk melaksanakan amanah ini sebaiknya.


Sesi sharing saya kali ini adalah bagaimana business coklat yang hanya bermula dari rumah, tapi mampu masuk kontena untuk tujuan eskport ke luar negara.
Semoga ia memberi manfaat kepada 180 peserta yang mendengar hari tersebut.


Dan seperti biasa, lepas sesi sharing, acara bergambar adalah wajib kan. Feeling artis ler saya sana sini orang datang bergambar ngan saya....hihi..


Penghargaan dan token daripada Dato' Noraini selaku Chairman Matrade dan juga Penghargaan dari pihak MOA.


Bukan itu sahaja, macam-macam buah tangan lagi dapat.
Ni baru dapat dari Dato', belum lagi buah tangan dari peserta2 yang bagi kat saya. Saya hargai sangat2 ok.


Bergambar kenangan bersama.


You all semua boleh ok!
Start small, dream big!
Allah Maha Adil. Pasti impian akan tercapai kalau mempunyai mindset yang hebat, tahu mencari cara, bersungguh-sungguh dan tahan ujian kiri kanan.


Lepas sesi sharing, time untuk makan-makan pula. Kalini segan pula saya sebab makan bersama meja VVIP.
Kita mulakan dengan appertizer.


Dan diakhiri dengan dessert.


Dan ini adalah antara komen-komen daripada peserta2 selepas sesi sharing saya.
Turun je pentas terus dapat bertalu2 whatapps.
Alhamdullillah.


Mana yang baik datang daripada Allah, mana yang buruk datang daripada kelemahan saya sendiri.


Hihi...tengok tu!
Sampai nak kencing pun tahan2 ya.
Alhamdulillah.
Itulah niat sesi sharing saya.
Saya masih lagi belajar banyak benda sebenarnya.
Cuma mana yang saya dah lalui pengalamannya, saya sharing bersama mereka yang ingin berniaga betul2.
Insyallah.
Semoga sesi ini mendapat keberkatan daripada Allah.


Updated!
Gambar2 dibawah dari Fanpages Dato' Nooraini































No comments: