Wednesday, December 9, 2015

Corat-coret CocoDamia di Jom Heboh Johor Bharu (2015)

Lama sungguh gambar-gambar dibawah ni tersimpan rapi dalam draft.
Disebabkan ini pengalaman pertama team CocoDamia terlibat dengan jualan di Jom Heboh, satu karnival yang besar dan crowd yang ramai, maka pengalaman ini harus dijadikan kenangan dan rujukan untuk masa akan datang.

Kalau ke Jom Heboh tak sah tak jumpa artis kan. Artis pertama yang singgah di booth CocoDamia adalah personaliti Teh Syuhada. Terima kasih juga pada makcik-makcik yang siap borong Krukk Krakk haritu.

Aleesya siap suapkan coklat lagi pada personaliti Fiza Sabjahan...untunglah..

Shahrol Shiro pun ada buka booth juga kat sebelah2 kami  tu...memang sporting habis lah Shahrol. Buat lawak je kejenya..

Team CocoDamia yang terbaik untuk event Jom Heboh ni..
Termasuklah bos kecik 2 orang tu.

Siap kena pakai mic lagi untuk tarik crowd. 

Pagi-pagi sampai posing dulu..

Ramai yang berkenan baju CocoDamia ni...hihi..

DJ yang turut memeriahkan suasana pada setiap booth

Kena interview dengan DJ

Bersama orang besar FAMA Selangor ni. 

Aktiviti yang sedang diacarakan oleh Fetri Yahya di luar Pavillion MARA

Pengunjung yang bersesak

CocoDamia sebagai penaja hadiah untuk slot Bananana..

CocoDamia bersama team Bananana


Nak dapat hadiah kena jawab soalan-soalan berkaitan CocoDamia ya..

Sharol Shiro pula selaku artis jemputan membuat aktiviti di luar Pavillion MARA

Lawatan dari Pengarah Negeri MARA ke booth CocoDamia

Beliau tertarik dengan keunikan dan kesedapan dengan Cokalt IQ -CocoDamia

Bergambar kenang-kenangan.

Insyallah, lain tahun jika diberi kesempatan, jumpa lagi JOM HEBOH!



















No comments: