Tuesday, December 8, 2015

Suraya Seafood, Kampung Baru

Kalau terasa nak makan makanan dessert Kelantan atau makanan asli Kelantan, bolehlah berkunjung ke Kedai Suraya Seafood yang terletak di Kampung Baru. Memang berlambak kedai-kedai makan di Kampung Baru tu, tapi Suraya Seafood juga yang menjadi pilihan saya sejak dari zaman mula-mula kahwin dulu lagi sehingga sekarang. Mungkin variasi makanan yang menyebabkan saya rambang mata menjadi sebab utama kenapa saya memilih Suraya Seafood ni.


Aneka dessert dan bubur yang menyambut kedatangan tetamu di pintu masuk Kedai makan ni. Fuhhh memang terliur habis tengok Teri Manis, Butir Nako, Woh Mulong, Kaya Labu, Tupat Sotong, Sagu Kumpal, Pulut Mangga dan macam2 lagi tu.


Semua menu yang tertera di dinding kedai makan ni memang ada tau. Bukan sekadar display menu only. Tu banyak lagi makanan-makanan Kelantan yang lain yang saya tak pernah cuba.


Auwwwww..
Pulut Mangga ni memang sedap.
Sedap pada santannya yang lemak berkrim itu.
Mula2 order 1 je, lepas tu tambah lagi 1. Hihi..
Sedap sampai berebut-rebut.


Saya yang mengidam nak makan kerang bakar ketika itu.
Masa tu cari kat JB, bukan musim kerang.
Lepas tu kat KL pun, tanya2 ada kerang bakar tak? Rata2 jawab tak ada.
Nasib baiklah Allah makbulkan keinginan saya di Suraya Seafood ni.
Makan sampai licin saya sorang je.


Nasi air marvelous untuk Ayyunie.
Hurmm...memang hirup sup dan bubur ke titisan akhir le.


Lala masak pedas, adik ipar saya nak makan ni.
Tapi Lala dia macam kurang fresh sikit waktu ni.
Tapi bedal je lah sampai licin.
Hihi.


Sotong paprik ni saya punya.
Memang marvelous kalau orang siam masak paprik dan tom yam kan.
Rasa asli dari Thailand gitu.

Dan beberapa aneka menu lain yang masih belum sampai ketika ini.
Sedang elok makanan lain sampai, terus makan sampai lupa nak snap-snap. Hihi..
Tak pe..boleh google Suraya Seafood untuk tgk aneka makanan Thailand yang lain lagi.

Selamat mencuba!





Post a Comment