Kebetulan minggu lepas dan minggu ni busy. Dan memang saja lewat2kan beli baju kasut sekolah Ayyunie. Tu yang jadinya semua last minute.
Bukan apa, berbeza sungguh persediaan naik sekolah darjah 1 Aleesya dan Ayyunie ni. Aleesya ingat lagi, seawal2nya beli persediaan naik darjah 1. Tapi Ayyunie selewat-lewatnya persediaannya.
Ini disebabkan takut kalau beli awal2 baju dan kasut sekolah Ayyunie, takut tak muat pula hari persekolahan nanti. Al-maklumlah Ayyunie ni cepat betul membesarnya. Setiap minggu pasti naik nilai KG yang ditimbangnya. Haishhh, runsing pun ada ni. Nak sekat2 makan budak tengah membesar kan. Kesian pula nak sekat2 makan dia.
Tu yang saja beli last minute keperluan sekolah Ayyunie sekali ngan kakaknya Aleesya. Mujur ada lagi saiz2 mereka berdua.
24/12/2015
Ayyunie yang request nak beli baju sekolah kat Tesco ni. Pengaruh tgk kat Astro Ceria yang budak2 beli baju sekolah jenama Signature kat Tesco. Siap cakap "untung ibu beli kat Tesco, beli satu percuma satu"... Haha..
25/12/2015
Pergi Giant pula untuk cari kasut2 sekolah, stokin dan juga stationary sekolah. Masing2 pilih kasut Barbie. Nasib le ada diskaun 20% setiap satu. Sampai 4 pasang beli. Dah 2 pasang sorang kan. Bukan itu saja. Siap pakej beli meja study masing2 dalam bilik hah! Layankan aje lah.
26/12/2015
Pergi kat kedai peralatan sekolah di Taman Universiti ni untuk beli beg sekolah pula. Dan juga tambahan aksesori2 sekolah yang lain. Beg sekolah sekarang bukan kita dah pilih untuk mereka, diaorg yang pilih sendiri hokey. Kita sebagai ibu ayah ni just QC je lah beg yang masing2 nak.
Fuhhh memang puas hati 3 hari turut2 spend masa untuk beli kelengkapan sekolah anak2. Both Damias pun happy sangat2 ler sebab banyak kelengkapan diaorg yang pilih sendiri.
Hah ni harini baru sempat bawa Ayyunie gunting rambut bagi kemas dan ikut procedure sekolah. Esok ada orientasi dan ujian penempatan. Ibu doakan semoga urusan persekolahan Ayyunie dipermudahkan dan berjaya menjadi pelajar cemerlang. Aaminn..
P/s: Tengah tunggu meeting bersama agensi ni. Sempat buat entry. Kalau tak 7 hari weiiii diam je blog ni. Makin hujung tahun makin sibuk dan closing stok dan permintaan menjadi ejen pun menjadi2. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment