Sunday, December 6, 2015

Nikmatnya strutt strutt lemak dalam sup gearbox lembu..

Susah betul nak cari sup gearbox lembu kat JB ni ya.. Dah 2-3 malam dok mencari sana sini. Tanya kawan2 dalam group whatapps. Rata2 recommend kan ZZ Sup tulang kat Stulang, Sup Daud kat Desa Skudai dan lain-lain. Tapi semuanya  gearbox kambing. Bukan gearbox lembu yanv saya nak kan.


Sudahnya semalam saya gi Kip Mart pergi beli gearbox lembu lepas habis makan kenduri. Puas hati masak sendiri. Seperiuk besar kekdahnya. Tahan lah 3 kali makan. Nak makan sangat kan!


Ni antara warung sup gearbox yang orang recommend kan pada saya di Desa Skudai. Katanya antara 10 sup terbaik didunia. Hihi..memang kaw kaw supnya. Tapi gearbox kambing le. Sedangkan saya mengidam gearbox lembu.


Selalunya kalau saya nak makan sup gearbox lembu kat kedai, kat Bangi dan Kelantan aje lah tempatnya.

P/s: Kalau siapa2 tahu kat JB ni mana nak dapatkan sup Gearbox Lembu, let me know ya. Senang next time nak gi.


Post a Comment