Sunday, December 20, 2015

Resepi Bubur Butir Nangka & Nangka

Bubur butir nangka atau lebih dikenali dengan nama " Bubur butir nako" ni amat popular di Negeri Kelantan. Terutama kalau bulan Ramadan. Memang bubur ni sesuai dijadikan sebagai pembuka selera semasa berbuka mahupun moreh selepas terawikh. Petang semalam saya menyediakan Bubur ni sebagai hidangan minuman petang. Tapi ditambah kenikmatannya dengan buah nangka sebenar yang dihiris halus. Fuhhh memang terangkat lah baunya. Sampaikan saya tak siap masak lagi anak-anak dah tak sabar meminta-minta nak makan dulu. Mana lah saya bagi kan. Makan panas-panas boleh melecur mulut. So saya suam-suamkan dulu baru bagi anak-anak makan. Kalau nak makan sejuk2 pun boleh juga. Masukkan dulu dalam peti ais selama 30 minit. Saya rasa lagi terangkat rasanya dengan bau-bau manis buah nangka sebenar ni.

Jom kita tengok cara-cara penyediaannya.

Enak dimakan ketika panas dan juga sejuk

Bahan-bahan  Fasa 1

300 tepung pulut
Air mengikut kesesuaian adunan doh tepung pulut
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Cara membuat Fasa 1
 
1. Campurkan semua bahan-bahan Fasa 1
2. Uli sehingga lembut kemudian gentel tepung pulut tadi macam bentuk butir nangka
3. Didihkan air dalam periuk
4. Apabila mengelegak, masukkan tepung pulut yang digentel tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai timbul.
5. Dalam mangkuk lain, sediakan air biasa.
6. Apabila tepung tadi dah timbul, kaupkan dan cepat-cepat masukkan dalam bekas air biasa tadi untuk elakkan tepung tadi melekat antara satu sama lain.

Bahan- bahan Fasa 2

5 Ulas nangka dihiris-hiris panjang
1 kotak santan segera (Kalau guna yang fresh lagi bagus)
3 helai daun pandan
4 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
Secubit halba
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuat Fasa 2

1. Campurkan kesemua bahan-bahan fasa 2 kecuali hirisan nagka dalam periuk dan SELALU kacau-kacau agar tidak pecah minyak.
2. Agak-agak kuah dah panas (jangan tunggu mengelegak), toskan tepung pulut tadi dan masukkan ke dalam kuah tadi. 
3. Kacau kuah sehingga tepung pulut tadiu timbul.
4. Akhir sekali masukkan hirisan Nangka tadi. Saya suka masuk last sebab nanti nangka tu masih rangup2 lagi. 

Senang je kan. Cuma yang gentel mengentel tu kena buat sambil tengok TV baru tak terasa boringnya Hihi..

Selamat mencuba! 
Kalau dah cuba nikmat tak terkira.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: